Monday, January 4, 2010

Trip to Melaka

It's been a while since our last post. pheww~
Last Friday, hubby+me went to Melaka Bandaraya Bersejarah.
Kitorang dgn penuh rasa yakin dan bersemangat tinggi pergi tanpa mem'booking' hotel.
Hahaha..
Kitorang bertolak ke Melaka pukul 9.00am but on the way, stop kejap kat Jalan Kerja Air Lama,
for having our breakfast @ Mak Jah's Corner (Next to SPCA).
Me makan bihun goreng putih, n hubby makan nasi lemak bungkus satu+roti canai satu. Hahaha..mcm nk gi berperang sorang2..tak lupa juga kuih muih yang di'tapau'..cream puff & bingka ubi.
Kami berjaya melepasi tol Sungai Besi tanpa kesesakan yang melampau. Thanks to encik Smart Tag. \^-^/
Sampai Melaka sekitar jam 11.30am. Mula-mula, terus cari hotel. Yeargh!!! berpeluh-peluh ketiak mencari hotel yang ada kekosongan, dari satu hotel ke satu hotel, akhirnya kami stop makan dulu..heheh..
Bersebelahan dengan Mahkota Parade, Jalan PM 3 kot, ade satu kedai makan Melayu,tengok dari luar ramai orang makan. So, kitorang masuk and place our order. Hubby makan nasi ayam dan ABC (Air Batu Campur), and me seperti biasa-cuba-menjadi-seMelayu-yang-boleh, telah memilih untuk makan nasi putih,asam pedas ikan pari, sayur bayam dan juga telur asin. perghhh! Memang sedap. Terlepas rindu nak makan asam pedas. \^_^/





So,lepas makan, we all try to call Seri Costa, and fortunately ada bilik kosong tapi 2 single bed la. Janji ada tempat berteduh..heheh. Kebetulan, Seri Costa hotel terletak ditempat yang berdekatan dengan restoran yang enak itu, tetapi di Jalan PM9. Terus daftar masuk, and kami ditempatkan di bilik 324. Hotel ni lebih kurang standard hotel yang kami duduk masa di Surabaya iaitu Hotel Grand Kalimas Surabaya. Tapi murah lagi la kat Surabaya. Heheh..

Hotel Seri Costa ni kami bayar (hubby bayar ekceli..hehhe..) RM210/nett.
Lepas daftar masuk, rehat2, solat, and tertidur la pulak.. dalam pukul 4, terjaga, mandi2, solat and start kuar. Memula, pergi ke Mahkota Parade sebab hubby nak cari Crocs-yang-cari-kat-KL-dah-takder-size.Heheh.. malangnya, masih takder size. I dunno why, maybe sebab ramai sangat yang minat dengan patent tuh, yang tinggal size kanak-kanak jer.. ^_*
So, lepas merewang-rewang, kami pergi ke Dataran Pahlawan. Herm, banyak sangat shop lot, which is not what i'm looking for..dah takder dah kereta lembu macam masa kecik-kecik dulu.
Pusing2, cari ATM machine (penting nih!) pastuh dah pukul 6.30pm.. kitorang gerak ke Umbai, untuk makan ikan bakar kat Dataran Ikan Bakar Umbai. Ramai gilerr okay!
Kami memilih kedai Parameswara untuk memenuhi selera tekak and kelaparan perut. Sampai jer, gi solat Maghrib dulu kat surau. Pastuh baru menuju puncak! Eh, menuju ke kedai yang anda nampak tempting.
We (hubby+me) memilih untuk makan di kedai Parameswara sebab ter'influence' dengan siri Warung Kita yang disiarkan di Astro tahun lepas.

Rule of the game No. 1, 'Jangan pandai-pandai nak pergi pilih2 lauk-pauk kalo masih tak dapat meja.
Hahaha..yer puan-puan, sila cari meja dulu yer. Bila dah confirm itu adalah meja anda, baru beratur cari lauk.
So, hubby cari meja, i pergi cari lauk. hubby nak makan ikan kembung (ikan lain die bo-layan), malangnya, ikan kembung semua mogok tak nak masuk jala. Hehehe.. hubby makan nasik lemak jer la..hikhik. Me pulak beratur beli sotong and udang (dalam hati gua, nak makan ikan siakap..tapi ... (takkan nk layan seekor ikan tuh secara solo?) ulang suara hubby gua tak makan ikan selain ikan kembung yang kecil sahaja.
So, kalau korang beratur masa pilih2 lauk, orang tuh akan tanya, nak masak apa kak? So, u ollss jangan buat-buat fikir nak masak aper lauk2 tuh balik KL nanti, maksudnya dia suruh pilih la nak masak lauk pauk u ollss tuh macam mana. Me+hubby pilih sotong tuh di goreng tepung, and udang tuh buat sambal (ekceli nak masak 3 rasa,sekali me pegi sebut sambal pulak)..hahah..
sambal pon sambal la labu. So, lepas abes order, diorang akan bagi piala bernombor. heheh.. We all dapat piala no 33 (giler belakang). tunggu punya tunggu punya tunggu. Tak datang2 orang yang ambil pesanan tuh. Haih masa ni la me rasa kitorang ni halimunan. \^-^/
Sekali, ada sorang budak ni ambil pesanan, 'fresh orange 1, tembikai 1, nasik lemak, otak-otak'.
Adalah dekat 40minit tunggu, satu apa pon tak sampai kat meja. orang sebelah-sebelah yang-lauk-satu-meja-penuh-setahun-pun-makan-tak-abes dah makan separuh jalan.
Pas seminit, baru datang nasi lemak. Hubby trus makan, yer arr, lapar wei. Ingat kitorang puasa malam ker? Last makan pukul 12.30noon tau! Serius perut dah main gendang macam masa Chinese New Year..heheh..

Rule of the game No.2: Kalau makanan lambat sampai panggil tukang ambil pesanan tuh!
So,kitorang panggil lagi sekali, lepas repeat order, baru sampai makanan. Sotong goreng tepung memang panas lagi, tapi udang sambal dah sejuk..macam dah lama siap jer,tapi tak jumpa meja mana nak dihantar.
Ok lah, malas nak bising, makan jer la..Lauk biasa jer. udang amek 6 ekor, baki ada 3 ekor tak berusik. Kenyang bangat~

Menu for that night:
Nasi lemak 4 bungkus
Sotong goreng tepung (300gm)
Udang masak sambal (6-7 ekor)
Fresh orange
Watermelon juice
Otak-otak (6 keping)
Total: RM 37.50 +kchinggg+ \^_^/

So,bajet makan malam ada baki lagi RM62.50..

Kitorang beli buah berangan 1/2 kilo RM11.00..Pastuh beli barang2 yang dikirim, seperti inang-inang, gula Melaka, belacan, cha-cha, makanan2 ringan seperti cakar ayam, sagun, dodol asli, dodol durian and etc, RM60.00. Selesai berbelanja..! Yeaa,berjaya habiskan duit!!
Hehe..dalam kol 11.30 kami sampai di hotel. Penat giler. Giler pon tak penat camni.

Rehat2, cuci muka, solat, zzzZZzzZ..

Nota Kaki: Makanan biasa-biasa jer kat Parameswara, orang Melaka cakap, makan dekat Crystal Bay or Muara Sungai Duyung lagi sedap. Tak boleh 'blah' sebab kena tunggu lama and kena cari meja sendiri. Dah la meja limited.

No comments: