Saturday, January 30, 2010

what's left?

huhu..gud morning..ada banyak benda yang berlegar-legar dalam kepala.
seperti tengah meng'arrange' satu to do list yg panjang.
jadi sebelum terlupa,saya nk list kat sini,supaya saya tak lupa,
anda yang terlibat juga tak lupa.

1. kerja saya yang tak pernah habis. tapi saya suka sebab bos saya takda penyakit gila babi
2. farah; dia kawan saya yang paling rapat so far. sbb semuanya kami kongsi bercerita.
    saya nak farah belajar menjahit dan memulakan bisnes jahitan manik. sbb dia seorang yang kemas,
    dan jahitan maniknya cantik. mungkin lepas ni, farah takkan bz dgn kerja ofis, jd dia mungkin akan
    ada lebih masa untuk menjahit manik. Insya Allah. Saya suka tengok orang berjaya.
3. Kawan baik saya sampai mati;Laily akan berkahwin bulan 3 nih..
4. Loan rumah saya;masih bermain2 dalam fikiran saya.
5. Saya rasa nk balik kampung (rumah mak bapak saya).
6. Oh ya, sepupu saya berpindah rumah ringgit malaysia sejuta hari ni. heheh..saya kena pergi tolong nih.
7. Otak saya berfikir, berpusing laju macam gasing.
8. Waktu-waktu macam nih saya rindukan kereta Kia saya.
9. Saya takut kalau-kalau hati saya Allah terbalikkan. Nauzubillah hi min zalik.
10. Saya rasa takut kalau saya terlupa terus apa itu kasih sayang.

Saya penat.


p/s: pernah tak masa zaman remaja org hantar @>-------- kat mirc?

No comments: