Sunday, February 21, 2010

Cheezy Sunday

Hello~ It's Sunday again. Alhamdulillah. Dapat juga merasai nikmat berehat pada hari Ahad. So, routine normal ialah membasuh baju. Pukul 8.30am husband pergi beli breakfast @ Craven Cafe. Fyi, dulu kat Bukit Antarabangsa ni ada Burger King. Rasanya tutup bulan 11 last year kot. So, sekarang premis tuh, Craven Cafe dah take over.Hari ni kepingin nak makan roti pisang. Pergh..dah lama giler tak makan roti canai. Cuba teka sape yang hubby jumpa masa kat Craven Cafe?? Teka! Teka!
Dato' Siti Nurhaliza ngan hubby die!! Heheheh.. Satu hari suntuk la husband gue nyanyi lagu Siti. Haih..Back tuh roti pisang Craven Cafe.
Roti pisang die mmg sedap. Tapi takleh makan selalu. Boleh gumux! thee..
So, lepas makan, lepak-lepak baca paper, jemur baju and tengok KBS World(Korean Channel)..hehhe..arini tengok citer Master Study~ Pukul 12.00 bersiap sebab nak gi Munawwarah and nak gi kedai kapkek Wondermilk.
Sampai pukul 1.15 kat Munawwarah..tapi tudung hitam yang saya nak takder size. Sedey.Tinggal 1 jer, tu pon size L.
Aiyyoo..besar~ So, end up beli tudung square shape tapi ader labuci sket. Off-white. + anak tudung. Total $51.
Lepas selesai beli tudung, lunch @ Kafe Santai. 
Kami order, nasi putih, tomyam campur, kerabu manggo and hubby makan nasi goreng pattaya. Minuman pulak, me order jus durian belanda and air kosong, hubby order soda. Tapi sebab soda takder, die tukar ke Milo ais. Sedap food kat sini. Total cost for lunch $28. Selesai lunch kitorang terus ke Wondermilk, I wanna place an order for my bestie wedding hantaran. Hubby beli 2 extra cupcakes utk kitorang. Total cost if i'm not mistaken, $91.

Cuaca sangat lah  panas skrg ni. Saya merasakan seolah-olah berada di negara 4 musim. Hohoho.Serius. Air cond mmg 24 hours. 

Masuk jer DUKE highway, husband tanyer, nk gi mana lagi. So, makcik nih cakap nk gi Jusco AU2..nak beli kucing belakang umah nyer food and nak beli benang and jarum. Selesai membeli, kitorang gi sewa DVD kat EZY Video. Sewa DVD Korea 1, DVD omputih satu. Settle jer kat EZY Video tuh, husband cakap jom la gi karaoke. Hahaha..Sejam masa melalak di Song Box, Jusco.
Dah panas+melekit-lekit badan, kitorang decide balik umah. Tapi serius la, cuaca mmg la amat panas.


Bila korang dah baca sampai last sentence kat atas nih kan, korang perasan tak, kat mana le Cheezy Sunday nyer? Ha, kat sini la nk citer.. 

Hehehe..sampai umah, makcik sorang ni dah tergedik2 nk masuk dapur. So, me decide nk buat unbaked blueberry cheesecake. Herm. Kenape agaknyer saye asyik buat unbaked and steam nyer makanan? Sebab saya takder microwave. Hahahah.. loser giler kan? Suke baking, tapi takder  microwave. Aiyak..takper2. Tu citer lain. Hujung tahun ni saya mesti beli satu!
So, korang nk tengok tak macam mana rupa unbaked cheesecake kite? Ha,sekarang cheesecake tu dalam fridge, so esok je la kiter upload gambar eh..
So, esok, korang kena datang sini lagi tau. Tengok gambar cheesecake kiter. Walaupon tak dapat rasa, dapat tengok pon jadilah kan? Thee thee..

Bye! Kiter nak jahit button baju kurung pulak.


Nota kaki: Aktifnya kita ari ni!

1 comment:

freebert said...

hello there ,
Cikgu Omar's phone number is 0196836306. He is currently teaching at Yayasan Saad School/College in Malacca. Hope you'll get to contact him. Good luck and take care. Do send regards to him ya. Good to know we share the same teacher even though we were from different schools and era.

Best Regards
Bert Tan