Thursday, February 18, 2010

MangO TangO


Pukul 8.00pm, after basuh and sidai baju; saya rasa lapar sket. Disebabkan hormon yang baru bermula ketidakstabilannyer, saya tercari2 makanan ringan. Buka freezer, nampak fries. Tapi, pikir balik. Not good. Hehehhe..buka bahagian sayur sayuran, saya nampak 2 biji mangga Chukanan yang beli kat jusco last week. Wangi dan manis. Ayat buku tak? :P
So, masa hubby tgh solat, saya mula memproses bahan-bahan untuk buat Mango Pudding.
I'm very fortunate, I guess. Semua bahan yang perlu ada kat rumah. So, tak yah suruh hubby pi Giant.
Ini adalah resipi for Mang0 Tang0 Pudding, sila cuba!

a. 2 biji mangga manis saiz tapak tangan wanita
b. 30 to 40gm gula pasir [gula yang buat air teh tu..]
c. 50ml susu segar [saya gunakan susu segar Dutch Lady]
d. 150ml Whipping cream
e. 2 sudu teh Gelatine [Halalgel-sepeket RM2.50] [Sepeket boleh dapat 6-8 sudu] + KACAU dengan 1 1/2 sudu besar air.

Method:
a. Cairkan gula dalam susu segar diatas api yg kecil. Sampai gula cair jer yer..bukan nak buat gula hangus tau
b. Then, sejukkan.
c. Sambil nk tunggu sejuk, kupas mangga dan potong kiub.
d. Masukkan mangga dan whipping cream ke dalam blender. Blend!
e. Then, masukkan gelatine yang dikacau dgn air, ke dalam campuran susu.
f. Dah sebati, masukkan susu+gula+gelatine ke dalam blender yang berisi mangga dan whipping cream tad. Blend lagi sekali.
g. Masukkan dalam bekas kiut miut. Simpan dalam fridge.

Bile dah kenyal+sejuk+mampat=makan lah puas-puas.


Nota kaki: Hidangan ni untuk 2 org jer yer. Hubby cakap 'Sedapnyer..'

No comments: