Thursday, April 29, 2010

She's a mom


Alhamdulillah. 
Tahniah to Alia Hazwani yang telah selamat melahirkan 
baby girl pada 28 April 2010 @ 5.42 pagi.


Sunday, April 25, 2010

Count it Down

Mengantuknyer hari ni. Ape kes yer? Teringat pulak kat kak Nani. Ape kes pon dh jadi ayat regular dia.
Esok keje. Tapi boss masih tiada. Dapat lah bersenang senang sket. Heheh. Dasar pemalas nih. Amboi biasa dia.
Oh esok saya mau bayar PTPTN. Adehai,surat cinta dah mari~ Duit automatik akan pergi. Oh, sila jangan pergi jauh sangat-tak terkejar nanti. Ari ni nak cerita pasal wishlist, boleh? Boleh sebab ini belog ana yang punya. Hahaha. Disebabkan idea tak berapa nak ada, tengok gambar best jugak kan? Kan,kan,kan?

1. Microwave Oven
Disebabkan saya mau menjadikan baking sebagai kerjaya sampingan; microwave oven ini amatlah saya perlukan. Saper nak  derma angkat tangan! Yeaa, saya nampak yang baju biru tuh nak derma. Anda si baju biru jangan sembunyi bawah meja. Awas~



2. Kitchen Aid Mixer
Owh, ini cinta pertama dalam kategori mixer. Tiada yang paling hot selain dari dia ni. Memang sexy kalau letak kat dapur. Ini kan keperluan untuk biz di atas. Yehuuu~ Derma,anyone? Oh, memang ada tokoh nak jadi pengutip derma ni. Hello, pengutip derma di KL berpendapatan tinggi yer. Take note please.




yang terakhir (buat masa ini), drum roll please..



3. LV=love
Ini dia. Ada yang suruh saya tunjuk di ruangan komen. Katanya mana LoVe saya? So, meh nak explain. Saya tak der LoVe lagi. Masih berkira-kira. Aduhai~ Perlukah LoVe? Husband jawab perlu. Jadi, what say you? =) Rhyme la pulak. Heheh..
p/s: esok ada pakaian mahu dihantar ke tailor. Poket sudah koyak dan rabak.

Alhamdulillah

Allah answered one of my prayers. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Saya bersyukur sangat atas hadiah hari ni. Masa tengah bersiap kat atas before keluar pagi tadi, ada pos laju kat depan gate. Husband bgtau ada surat saya. Makcik pon buka la. Tadaaa..~




p/s: happy~

Saturday, April 24, 2010

Alexis - Tea Time Session

Yeaa. Today, 24 April, kami berjalan dari pukul 11 sampai pukul 7 mlm. Lama kan? Marathon. Went to Gardens and Mid Valley Mega Mall. Alexis- sini, kami datang. Heheh.. Memula kami decide untuk order 1 kek jer, sinced kitorang baru lunch 2 jam yang lalu. Saya minum hot cappuccino, husband minum iced cuppuccino, and kami order 1 slice of Choc Berrie Meringue. Husband cakap, super duper nyummy! Lagi berbaloi dari Godiva. Sila cuba ok! Ambiance, layanan, dan rasa kami bagi 10/10. 












after 10 minutes...


dah habis meringue, kitorang order yang ni pulak;


choc walnut & ice cream ini pun mengalami nasib yang sama macam meringue!



p/s: For sensitivity, kedai ini ada juga menyajikan alcohol. Sama juga seperti Mdm Kwan, Chili's, TGI's Friday dan restoran-restoran seangkatan dengannya.

Asam Pedas Sri Melaka

Hari Khamis saya ngan husband gi Jusco AU2 after work. Lepas beli printer kat atas, kitorang dah lapar, and kami mahu cuba restoran Asam Pedas Sri Melaka. Fyi, lokasi restoran ini adalah lokasi yang sama Nasi Lemak Antarabangsa. Maksudnya, Nasi Lemak Antarabangsa dah takder dah kat Jusco AU2. Sob.Sob.Sob. Mungkin tak laku sangat kot. Terpaksa gulung tikar kat AU2.
So, saya order set nasi putih dan asam pedas ikan pari. Dalam pinggan nasi kita, dah siap ada ulam sket, sambal belacan sket ngan ikan gelama masin. Sodapp I tell u! Husband lak order nasi lemak dengan kuzi ayam. Isk. Kecur air liur. Pendek kata mmg ramai la, pelanggan pon ramai. Lagi ramai compare to masa Nasi Lemak Antarabangsa operate dulu. Heheh.. Gambar seperti di bawah. Slurrpp~






Godiva - tea-time

Sangat mengada untuk ber'tea-time' di Godiva last weekend. Sib baik umah agak dekat ngan Pavillion. So, kalo Kuar kol  4 pon masih boleh ber'tea-time' dengan jayanya. Saya makan pistachio macaroon, husband makan choc tart.
Minuman pulak, saya order hazelnut choc, husband ice choc [tak ingat nama penuh ape] =p






Boleh tak nak cakap? The food was indah khabar dari rupa. Tapi minuman die mmg sedap. Both makanan kitorang tak abes, dan membazir. Agak pricey, and definitely tak kan saja-saja nak ber'tea-time' kat sini, unless otherwise terpengsan kat tepi kedai tuh sebab lapar, then terpaksa masuk sbb kedai lain jauh-which is impossible la nk pengsan kat situ. Hehehe.. Pendek kata, takmau dtg dah~ Bye.

Tuesday, April 20, 2010

Cara-Cara Menghilangkan Marah

Ubat Marah
Individu yang normal pasti akan mengalami perasaan marah apabila berhadapan dengan situasi yang memungkin perkara itu berlaku, dan kemarahan itu tidak boleh dielakkan. Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah adalah seperti berikut:
  1. Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya dengan berzikir dan berselawat. Firman Allah dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah, ingatlah kepada-Ku.”
  2. Meminta nasihat daripada orang berpengalaman. Suatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi, sepasang suami isteri yang sering bergaduh bertemu baginda untuk meminta nasihat. Lalu kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
  3. Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
  4. Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
  5. Fikirkan tentang kemurkaan Tuhan dan hukuman dari-Nya. Siapakah yang lebih besar kemarahannya, manusia atau Tuhan. Apa akan berlaku sekiranya Tuhan menunjukkan kemurkaan-Nya?
  6. Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Setiap orang melakukan kesilapan termasuk diri kita. Jika kita mengharapkan keampunan Tuhan, maka wajarlah kita bersedia untuk memaafkan orang lain. Sifat saling maaf-memaafkan akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
  7. Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat. 
 Wallahua'lam
 
Artikel diambil dari sini.

P/s: kepada yang bertanya siapakah gerangan yang membuatkan saya marah tahap dewa nih; biar sy saja yang tahu. Saya dan Allah. Kepada org yang menjadi tempat rujukan saya, thanks for the advice. Really appreciate dan membuat saya tenang. Cik H, malam td lepas online saya terus tdo, sambil mimpi basuh baju;apakah? =p

Monday, April 19, 2010

Today, I hate everything

 

Do not feel sorry easily.
Do not show your sympathy/empathy easily.
Do not trust your so called friend; he/she might stab you from behind.
Do not interfere in your 'friend-between-friend' argument because you end-up  will lose your other friend because of your 'pity little friend'.
All I can say, 'Bull shit!'
Please go; you and your shadow.
Move your ass and make your own way. Please.

p/s: Me? Lesson learned.

Thursday, April 15, 2010

Bersenam (lame! duh~)

Heheh. I've sign up with Celebrity Fitness. [Boo! Boo! Lame one~] Hahaha..suke ati ar. =p So, i went there with husband. We both sign up for Family Package. Tidak didesak tapi lebih kepada rasa hendak. Paham? Heheh,banyak kelas yang menarik. Husband tanya, what if you get pregnant? Wahahah. So concern eh you husband? Mestilah makcik tak work out kalo preg. I'll opt for yoga and pilates (mase tuh, ni la aku jawab.buta ilmu sungguh masa ni).
Then husband tanye, 'Is yoga permissible in Islam?'.. and I answered, 'I'll check it out'.
Jadi setelah mencari-cari fatwa yang berkenaan dalam Majlis Fatwa Malaysia, ini yang saya temui dan saya mahu share dengan anda semua yang concern. 
Disini saya pastekan fatwa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sbb sy di wilayah. Bagi negeri yang lain sila rujuk disini.

Fatwa Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kategori : Akidah  
Tajuk :
Fatwa berkenaan dengan senaman Yoga dan perkara yang berkaitan dengannya.
Isu :
Fatwa :
 
a) Senaman Yoga berasal daripada Masyarakat Hindu sejak sebelum masihi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang beramal dengannya.

b) Apa-apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang orang Islam beramal dengannya.

c) Mana-mana orang tidak boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan atau menerbitkan apa-apa buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem atau rakaman audio, khidmat pesanan ringkas dan e-emel yang berkaitan dengan amalan, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b).
Rujukan Pewartaan :  Seksyen 34
 
Tarikh Pewartaan :
2 April 2009

Wednesday, April 14, 2010

Philips Steam Iron For Sale


SOLD
I am helping my little sister to sell her Philips Steam iron. 


  • Date of  Purchase: 11 April 2010
  • Purchased Price: RM349
  • Warranty Period: 2 Years from purchasing date
  • Selling Price: RM330 (only used for 1 day, can bayar ansuran some more! 3-4 kali bayar, tapi after your second payment, you can already collect your steamer. (The item can be self pick up at Iman's place. However, delivery is also possible within Klang Valley area)
  • It comes with steamer iron and pole for gantung baju while you're steaming your baju. Not to forget the warranty card.
  • Location: Kelana Jaya, near LRT Station
  • Reason: She's always on the go. So the conventional iron suits her well compare to steam iron. For those with baju-baju yang nak kena dry clean-this super,ultra Steam Iron will suits you well. If you are interested, do not hesitate to contact her (Iman)  thru her email  iman_azhar71@yahoo.com

Nueha: Project House [Part 1]



Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Semalam, akhirnya loan rumah me ngan husband telah lulus.Actually, this is my second housing loan. I bought one early this year and sebelum berakhirnya 1/3 dari tahun ini, kami berjaya untuk sebuah rumah lagi. Alhamdulillah. Syukur sangat2. Untuk entry sebelum-sebelum ni, saya penah berharap untuk masuk rumah baru by this coming Aidilfitri. Sebab masa tuh husband dan saya terfikir nak beli di tempat tinggal my BFF iaitu di Sri Putramas. Dah tengok banyak unit kat situ, tapi ada saje yang tak kena. Seperti biasa, weekend2 yang lepas adalah masa bagi kami melihat2 show unit rumah-rumah baru; dengan harapan dapat inspiration. Even rumah-rumah second hand pon kitorang gi survey. 
Antara housing project yang menarik perhatian husband ngan saya ialah seperti berikut:

1. Casa Idaman @ Jalan Ipoh

2. Symphony Heights @ Selayang

3. D'Rimba @ Kota Damansara
http://www.iproperty.com.my/propertylisting/427765/Kota_Damansara_Apartment_ForSale

4. Sri Putramas @ Jalan Kuching

5. Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa.

Jadi selepas ditimbang tara [cewah ayat Melayu lama nih], maka kami pon memilih untuk bersama dengan Symphony Heights. Insya Allah, akan dapat kunci rumah dalam bulan Julai,2011. Mudah-mudahan, semua akan berjalan lancar. Amin.
Jadi, raya tahun ni masih di Bukit Antarabangsa. Insya Allah. Oh, mungkin juga akan telah miskin untuk setahun ini. Banyak benda nak perlu dibeli nanti. Aduhai saving[s]~ 

We are officially broke.


Picture credit to here

 
p/s: I am happy for our achievement. You go husband!! Mhuaah~

Tuesday, April 13, 2010

Teaser

I've refrain myself from revealing this. Tapi,untuk bagi degupan jantung ni berdegup dengan kadar yang normal, saya post gambar jer la yer. Esok full story k. Promise.

Merancang Majlis Perkahwinan/Wedding Planning


Hari ini saya sangat bersemangat untuk bercerita tentang majlis perkahwinan. Walopon makcik ni dah senior setahun; tetap jugak nak share aper yang patut. Mind you, this entry gonna be longggg one. Sit back,relax and enjoy.

1. Wedding Folder
Perempuan mmg suka merancang, believe me. Masa nak getting married last year, saya lah org yg paling kepoh. Hahaha. Seriously;cakap jer majalah mana yang saya tak beli. Heheh. Tapi the most important thing above all is your wedding folder. Yes ladies! Wedding folder sangat penting sebab kat dalam tu lah u all akan simpan all the receipt [payment/booking], business card org yg berkenaan dgn majlis2 perkahwinan nih dan senarai yang nak kena buat a year before the wedding. Sound's remeh n payah kan? Tapi percayalah, korang akan menghargai folder yang satu nih. So, mine; saya letak partition yang colorful. Every single partition are meant for 1 item only. 
Example: Pink partition for wedding dress.

2. Wedding Dress for Akad
Kalau boleh, rancang dan plan bebetul pattern yang macam mana u all nak for your wedding dress. Macam akak-yang-dapat-markah-lebih-tang-punggung nih memang tak dapek la nk wat kebaya potongan duyung. Hahah.sure duyung-duyung takleh cari makan;i.e. Maya Karin. Heheh.. So, untuk majlis akad nikah, saya hanya buat kurung modern jer. Ha, lagi satu jgn lupa yer, carilah tailor/atelier yang betul2 mahir dalam selok belok buat baju nih. Jangan buat mini kurung, tup-tup dapat mini skirt. Heheh.tak ker haru. Jadi ingat, tukang jahit yang mahir itu PENTING. 

Untuk baju nikah saya, saya buat kat Pertama Complex. Kat kedai Amin Jauhary. Dulu masa sekolah-sekolah,masa dah berangan nak kawen, [Amboi biasa die nih, patut Add Maths tak lepas] saya teringin sangat nak buat baju kat Rizalman. Hello~ Rizalman okeh. Dari haku Form 1 sampai skrg umo dah 27 tahun, masih lagi simpan angan-angan, one day mesti nak dapatkan air tangan Rizalman. 

Kalau u all mampu buatlah kat mana-mana designer yang u rasa teringin sgt nk buat baju untuk nikah. Yang penting, ukur baju dibadan sendiri ok, jangan ukur baju kat badan Lindsay Lohan.


Untuk majlis perkahwinan atau reception, it will depends on your majlis. Kalau majlis kat rumah macam akak nih, saya pilih untuk menyewa baju kebaya songket bunga tabur. Hahaha. Bukan main lagi akak nih. Pastuh tudung tak beli sekali, bajet mak andam ada bawak tudung. Hahaha.. last-last pakai tudung bawal;macam nk pergi pasar dengan-vogue [vogue disini bukan nama org okeh]
Kalau majlis yang ala-ala ABP, tetamu lebih dari 2000 org, pakai la baju tak panas sangat. Tapi bukan bermaksud Bithday Suit yer..Baju dari chiffon dan lace adalah sangat cantik. Cewah~ Berangan cam nak kawen lagi jer. Hehehe. Pilihan warna juga penting. Erm, mesti ade terpikir, camner nak pilih warna? Jangan main pilih jer yer cik kiah~ [Bukan nama sebenar]


3. Kad Kahwin
Talking about kad kahwin atau nama penuh dia kad jemputan kahwin. Rancang dengan teliti. Memula discuss sama ada korang nak satu kad share ngan FH/FW, or korang nak sorang satu kad, takmo share-share. Hahaha. Sila lakukan banyak research,kalo korang ade banyak masa. In our case, saya ngan husband memula buat kat Puchong. Tapi lepas tengok die punya artwork ngan harga rasa cam tak worth-it. Husband ajak cari kedai lain. Jadi, end up kami buat kat Medan Mara, kedai hujung sekali. Kedai kad kahwin kot nama dia. Heheh. Lagi satu, jumlah kad itu penting jugak. Lagi banyak quantity,lagi murah. Me ngan husband tak share kad. Cuma kad tuh, agak sama corak kecuali husband nyer lagi besar. Oh, ada satu lagi benda penting dalam kad kahwin ni yer; cek nama-nama [u all ngan parents], address, map, no fon untuk dihubungi dan yang paling penting tarikh tuh. Sila SEMAK DENGAN TELITI.

4. Bunga pahar, gift utk tetamu, bunga manggar
I don't know why bunga pahar plays an important role in organizing a kenduri kahwin. Cewah,speaking london. Betul, cuba la korang bgtau parents korang,'Mak,takyah arr bunga-bunga pahar ni..' Haa,kalo nk tengok cik Tipah melompat,cubalah. Hahaha. I once told my mom about this, few months before my wedding day. Tahu ape cik Tipah kiter jawab, 'Isk..ade ke takder bunga pahar. Mak nak jugak bunga pahar..' Hahah..jadi terpaksalah cik akak ni cari bunga pahar. Heheh. Apepon kawan2, sila consult ngan parents anda yer. Mungkin bagi kita tak der makna pon bunga pahar ni, tapi for adults,BUNGA PAHAR ITU PENTING. Tapi for those yang parents boleh compromise; I guess u r lucky no. 1~ ;P
Gift utk tetamu pulak. Nowadays banyak sangat pilihan kat pasaran. Sampai ada yang wedding dah jadi ala barat betul la..hehe. Oppss! 
For me, pilih la yang paling affordable. Kalau setakat uncang yang org isi gula-gula tuh bebudak buang depan mata atas jalan raya,kita okeh lagi. Kalo bekas yang beli harga RM2, letak pulak ferrero rocher 2 bijik, lepas makan diorang lempar jer depan mata kita,camner? Rasa nak nangis tak? Heheh.. nangis la korang kat sini. Tengok 'RM' 'RM' kat atas burung merpati yang baru terbang. Hahaha..Back to my case, for kids, saya bagi sweets, untuk org tua-tua sy bagi telur rebus. Korang pulak, dah/nak bagi apa? Bagi yang ramai sedara mara yang sanggup menolong untuk agih-agihkan kepada tetamu, tahniah dan seribu rahmat buat anda. Tapi bagi me yang mmg takder sedara mara yang meng'offer' diri untuk membantu; hermm..sendiri mahu ingat. Tapi saya sangat bersyukur dengan kehadiran adik yang tercinta Farhana and frens. Terima kasih cik adik. I owe u a lot. Awak kawen, sure akak datang; and I'll buy you a BIG pressie! She's more like a family member rather than friend.
Yang ketiga tapi tak kurang penting jugak is bunga manggar. Ok, let us digest carefully on how bunga manggar memainkan peranannya. Heheh. 2 kegunaan disini. Yang pertama, bagi yang ada berarak, Bunga manggar ni haruslah ada. Mesti ada org tolong pegang masa pengantin nak berjalan. Bak kata org, nampak colorful la sket. Tapi bagi yang tak berarak macam akakkk ni, still beli jugak bunga manggar tapi utk letak kat signage "KE RUMAH PENGANTIN, NURUL & HAFIZ". Hehehhe..Yerla, kalo letak signage jer, takut org tak perasan. Takut nanti org ingat iklan pasang Astro. Hehhehe.. 

4. Make up artist [in my case mak andam]
So, ni pon kena take note jugak. Sila search thru pengalaman org-org lain. Kalau ada yang bole test make up, itu lagi bagus. At least, korang ada la picture,'Camner la dia ni make up kan muka aku'..Hehehe.. Penting tau. make up mase wedding ni kalo silap,dah takder masa nk betul-betulkan. So, berhati2. Jangan sampai korang rasa cam nak sepak jer muka mak andam yang buat keje sambil tdo. Hahaha.. Which in my case, I almost fainted on my kenduri day. Hahaha.. lawak2.
Ha, about the gender of your make up artis; errmm 'Lu pikirlah sendiri'. Saya bukan bagi statement yer, saya suruh anda fikir sendiri. Mana satu yang korang nak, itulah dia. Dalam kes saya, mak andam-upah-3 hari-tapi-satu-hari-make up-sambil-tdo~ ;p
 
5. Inai  
Erm, inai or henna. Yang ber'awan larat tuh. Saya pilih inai sahaja. Justification? Erm. buat research sendiri yer. Please. Sebab it will involve a lot of ayat Quran and sabda Nabi Muhammad pbuh. So, saya takut kalau saya tersalah tafsir lalu saya terpaksa menanggung beban andai anda semua ebrtindak berdasarkan ayat-ayat dan sabda yang saya quote nnt. Jadi, saya harap anda boleh mencari sendiri fakta-fakta yang benar. Hehehe. Oh btw, husband saya tak berinai pon. Haih~


6. Spa, Pedicure, Manicure
Oh please don't! Jangan memandai  nak pegi facial 3 weeks before your big day. Jangan la sayang~ We never know,what will happen,rite? Mahu dari muka takdok jerawat tetibe tumbuh jerawat? Heheh. just maintain jer. Lepas your bigday, ha,sental la muka tuh.
Pedi ngan manicure pon saya tak galakkan unless korang tak pakai inai. Sebab, bila kiter buat pedicure dan manicure tuh, sel-sel atau kulit sekitar kuku kaki dan tangan akan membuatkan inai tak melekat kat jari anda. Percayalah. I've gone thru that. So, kalo kepingin sangat nak cantikkan kuku, buat la sebulan before. So that, kulit tuh boleh back to normal masa nak pakai inai nanti. Arasso? [Got it?]


7. Kasut nak pergi masjid
Oh, lebih afdal nikah di masjid, tahu enggak? Jadi, jangan la baju dah vogue abes,tetibe takder kasut pulak nak pakai. Yang pengantin lelaki dah siap dtg ngan kasut hitam berkilat atau paling tidak capal. U ols? Pakai selipar jepun? No,No,No~ Setidak-tidaknya, carilah kasut bertumit yang cantik di pakai dengan wedding dress tuh. Kalau mampu pakai Stuart,pakailah.. Kalau sayang nk membazir pada kasut yang mahal, ade jer kat market kasut yang takder nama tapi cantik;berbatu-batu bagai [walopon bukan belian]. Lagipon bukannya berjalan 1km dengan tumit tinggi kan? Ala setakat jalan 3 meter dari pintu Masjid. Macam saya, saya tak beli. Saya recycle. Saya ada banyak kasut tumit tinggi yang jarang dipakai sebab vogue sangat [tak malu,sendiri cakap vogue],jadi saya matchkan dengan baju yang nak pakai gi Masjid. Alhamdulillah, okeh jer. Hehehe..

8. Bunga tangan/Hand bouquet
Erm, hand bouquet nih order la seminggu sebelum. Kalau tanak keluar rumah dah seminggu before big day, mintak la tolong abang or mak gi orderkan. Jangan suruh ayah yer! Heheh.. Kalau takut tak sama taste, gunting jer gambar yang korang berkenan. Suruh nyonya kedai tu buat. Kalau boleh fresh flower yer. Takmo la yang fake. Ala,sket jer guna bunga untuk hand bouquet. Bukan besar pintu gerbang pon..Hehehe..
For my wedding, kami tempah hand bouquet, dan dua gubahan fresh flower untuk diletak di ruang tamu dan juga bilik tidur. 

9. Hantaran 
Hantaran sekarang mahal kan? Perasan tak? Heheh,kadang satu dulang boleh sampai RM250. Tapi hasilnya mmg mantap. Tapi sekejap jer; pas amek2 gambar, abes dah lau satu dulang. Heheh.. 
Pastikan berdiskusi dengan partner barang aper yang korang nak hantar. 
Satu kekurangan hantaran yang husband bg kat saya ialah, apa yang husband beli nak bagi saya, tak diletak dalam hantaran. Sebab last minute ada org nak bagi halwa la, buah la, jadi dulang untuk saya tak seperti yang saya jangkakan. Sedey gak sket. Heheh..tapi sib baik pas kenduri dapat balik semua. So, kat sini pentingnya communication, dan firm dengan keputusan anda. Macam husband, dia pon tak tahu ekceli apa yang diorang buat dgn hantaran yang dia supposed hantar pada saya. So, masa die tengaok dulang, sumer dah siap. Kek saya takdok, jam tangan takdok..hermmmm. Jadi,to avoid this,BINCANG DENGAN KELUARGA. INI MEMANG PENTING.


10. Katering
Katering penting. Sama penting dengan make up. Pengantin kena cantik, makanan kena sedap. Saya sangat memilih masa parents saya nk tetapkan katerer. Hahaha.. Saya kalau boleh tanak la katerer yang parents saya dah pilih. Tapi akhirnya saya akur jugak setelah tengok betapa runsingnya ayah saya bila saya kata 'Adik takmau la katering XXX ni'.. Tapi setelah kenduri berakhir, sampai hari ni, ada sorang kawan saya kata, masih terkenang kenduri saya.Sedap. See,told u! tak luak kalo ikut pilihan keluarga. Alhamdulillah.
Kalo ader adik beradik/ saudara mara yang ramai dan BERSEDIA nak tolong masak, dan tolong hidang; andalah org yang bertuah. Jarang ada saudara mara yang nak amek tahu kalo kita nak buat kenduri. 'Lantak la korang,janji hari kenduri, aku bole datang makan'
Percayalah sayang, memang ada. Jadi kalo dah cenggitu ghopenyer [rupanya], anggap jer la korang takder saudara mara; dan teruslah proceed guna katerer. Heheh,hati tak sakit,jiwa tak parah. ;p 




Penat dah taip. Panjang. Nak stop dah ni.
Ada nak tanya ape2 tak? Oh lupa nak cakap pasal tukang tangkap gambar. Later~





Sunday, April 11, 2010

Friday, April 9, 2010

Syukur = Bahagia



Dah banyak sangat blogger yg saya follow secara diam2. Mostly because of their life+wedding story. Some of them really inspiring, some of them really annoying. I never meant to underestimate or to judge other's life. But when we keep reading the ungrateful entry from the same person, mula la I sakit kepala. Heheh.. Pening. How org sekeliling boleh terima+boleh layan kerenah manusia yang pelbagai. Listen, Kadang-kadang, apa yang kita harapkan tak seperti apa yang kita dapat. Still, bersyukurlah. Allah tu Maha Adil, Dia tahu ape yang terbaik untuk kita. Rancang lah segah manapon, keluarkanlah duit banyak manapon, tapi kalau Allah say No, maksudnya No lah..
For instance, majlis perkahwinan. Yer,saya juga terkena tempiasnya. "Kahwin dengan anak Dato', tapi buat kat rumah jer??" "Simple sangat la.." "Pelamin pon takder?" Itulah antara bunyi-bunyi yang saya dgr untuk majlis perkahwinan saya. Yer, saya dinikahkan dengan anak Dato'. Tapi bukan dengan Dato'. Anak Dato' yang tiada apa-apa. Yang baru belajar untuk hidup.
Saya sangat simple sebenarnya. Dan saya tahu di mana kedudukan kewangan keluarga saya. Bapa saya bukan Dato', mak saya bukan Datin. Untuk menyara hidup sekarang, bapa saya hanya bekerja sebagai seorang jaga. Yes, bapa saya seorang jaga! Sebelum pencen, bapa dan mak saya bekerja di Telekom. Jadi saya sedar diri saya kat mana. Heheh. Jadi saya tak berlebih-lebih. Saya tiada make-up artis, saya tiada wedding planner..saya tiada semua tuh. Saya lakukan secara perlahan-lahan tapi terancang. Apa yang mak dan bapa saya telah rancang terlebih dahulu seperti caterer n etc, saya follow jer. Termasuklah risky my face kepada mak andam. Hehehe.. result? Mak aii,2 days was ok,ari kenduri umah saya; tak lawa pon. But still I'm happy. Sebab saya berjaya memudahkan urusan mak dan bapa saya. Saya akui, jemputan di sebelah rumah saya juga kurang dari norma. kad saya hanya 400 keping sahaja. Jadi, ramai yang sy tak dapat jemput. Nak buat macam mana, budjet setakat 800 org jer makan. ;) Bajet takdok~
Hehehhe.. Tapi takpa, saya bersyukur kerana saya telah selamat dinikahkan dengan lelaki yang benar-benar memahami diri saya. Yang menerima saya seperti saya. Yang tidak berharap lebih dari apa yang saya ada. Yang tidak pernah meninggikan suara kepada saya. Yang telah berkawan dengan saya selama 8 tahun sebelum kami diijabkabulkan. Jadi,inilah jodoh saya. Inilah ketetapan Allah Yang Maha Agung untuk saya, hamba Nya yang sangat kerdil. Saya bersyukur. Walaupon majlis saya tidak se-gah Mawi dan Ekin, Erra dan Yusry; saya bahagia.


P/S: Walau kenyataan itu pahit; bersyukurlah!

Monday, April 5, 2010

Study Mode

Study Mode.

Dapat surat dari SPA.

Ada Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Kerajaan, Sabtu ini di SMAKL.

Perlu hadir. Mesti hadir.

Banyak buku perlu dibaca.

Mungkin akan tiada update buat masa terdekat ini.

Ayuh membaca! Ayuh SPA! Ayuh! 

Bye~

Sunday, April 4, 2010

Damages

Damages on Saturday
Venue: Menara Mustapha Kamal, Damansara Perdana.
Time: Arrived at 9.00am, Entered at 10.00am
Event: Bata Warehouse Sale [Bata, Primavera, Clarks and many more]


Kami gerak dari umah pukul 8.30am. Tak rancang pon nak pergi warehouse sale ni. Tambahan pula mmg tak penah pergi warehouse sale untuk kasut. Heheh..Pagi tuh, bersiap, terus gi. Sampai Damansara Perdana around pukul 9.00am. Tetiber husband cakap, 'Eh, butik baru.Puteh.' I was like, 'eh,mane2?' Hehehe..sebabnye Puteh tuh, Rizalman yang punyer. Heheh..Back to our main cerita, sampai terlalu awal. Takdok orang selain tukang jual2, ngan mat2 indon yang kat construction site berhampiran. Fyi, Menara Mustapha Kamal ni baru bukak kot. Dari highway nampak macam buruk jer building nih, tapi bila dah sampai kat building tuh, mmg takjub la..Husband siap cakap, kalo government building buat mcm ni kan best..heheh.. Sampai jer, kitorang trus cek size & patern kasut yg available through the glass window. Heheh..Kami beratur pukul 9.45am. Amazingly, kami no 1,n no 2 dalam barisan. Bila pekerja Bata benarkan masuk, we both terus menuju ke bahagian Clarks sahaja. Lepas tuh baru la pergi ke bahagian sukan. Husband beli kasut futsal, n me beli kasut jog Reebok;murah rm70 jer. The rest tu Clarks. Sgt murah compare dgn market price. Jadi mmg berbaloi bangun pagi. Oh, ade jugak I beli sandal untuk mak. Heheh,mak tunggu yer~ 




Damages done on Sunday

Venue: Jusco Wangsa Maju [Ulang suara, Jusco jerr..]
Time: Arrived at 3.00pm

Asalnyer nak lunch jer pon, lepas makan kat Nandos, kitorang gi MPH. Bought few books. Kemudian, pergi ker PK Time. Sajer2 jer. Suddenly, ternampak jam yg kitorang usha kat Jaya33. Heheh.. cek kat KLCC last month takderr dah stock.Jadi husband tanye, nak beli ker tak. Saye cakap beli jer la. Jadi inilah damages yang tidak disangka2 of the week. hahah..Layan gambar. Bye.




Nota Kaki: Ok bye. Nak tido. ABP tak best. Bosan. Paling tak bole blah,"......sanggup pulang dari Melbourne, USA...."  Pe dia la yang hang dok pikiaq tuh scha??! 

Friday, April 2, 2010

Hectic Khamis

Khamis lalu sangatlah penat kerana saya perlu mengejar dateline. Suddenly, bos saya inform yang beliau tidak masuk office that day sebab sakit mata. Kami boleh berdiskusi on next Monday sebab Jumaat ada gotong-royong. Lega~ After all, dah 90%. Tinggal nk touch-up sket. So, biasa la, lepas di 'extend' rentak menjadi perlahan. Hehe.


Petang husband datang lewat,ada last minute nyer kerja. Dalam 5.30pm baru sampai. Sebelum tu,saya sempat pinjam kawan punya novel. Sebab saya mcm dapat rasa yang saya terpaksa menunggu husband bermain futsal. Normally, husband akan hantar saya pulang ke rumah. Kemudia berpatah balik ke Segambut. Tapi hari ni, disebabkan husband lambat dari biasa, saya yakin yang husband akan terus ke Segambut. Tarrrraaaaaaa! Tekaan saya mestilah tepat! Sebelum ke gelanggang futsal, husband seperti biasa akan membelikan saya bekalan sebagai tukang teman. Hahaha.. Tong Garden-cashew nut, air soya, twisties. Waaahh..leisure sungguh. Sebab saya tak suka tunggu dalam gelanggang. Panas. Melekit. Jadi tunggu dalam kereta, sambil menikmati makanan yang enak bersama novel bagus di tangan. Heaven. 


Sedang berenak-enak, Berry hitam husband berbunyi. Caller; His boss! Saya pick-up sambil menerangkan yang husband bermain futsal dan saya berjanji husband akan menelefon semula  dengan kadar segera. His boss cakap ok dan beliau berharap agar husband dapat menghubunginya semula. Jam menunjukkan angka 6.40pm. Saya dapatkan husband. Setelah membuat panggilan, husband terus gerak balik tanpa menghabiskan game. Alasan? Perlu bergegas ke Parlimen;temujanji pukul 8.00 malam. 
Bergerak laju, sampai Bukit Antarabangsa sekitar jam 7.30. Lepas Maghrib, husband bersiap. 


Bersama laptop, kami ke Parlimen. Woot! Woot! Sumpah penat + mengantuk.
Ramai sangat Menteri-Menteri yang kami jumpa. Tak terkira. Wakil-wakil rakyat. Urghhh. Bosan la saya. Sib baik bawak novel yang saya pinjam. Setelah berjumpa dengan seorang Dato', husband bergerak untuk memulakan kerja bersama seorang Menteri. Saya? Masih di depan Dewan Rakyat, di atas sofa bersama novel di tangan. Selesai kerja, Dato' bagitau husband, 'Terima kasih banyak-banyak,kalau esok you nak dtg lambat pon takper.' Heheh..takper Dato'. Boleh lagi nak gagah bangun pagi esoknyer.


On the way balik dalam kereta, Dato' msg terima kasih dan penghargaan. Sampai jer rumah husband's immediate boss msg jugak. Msg terima kasih lagi,dan dia meminta maaf kepada saya. Saya? Eh, takper.. saya takder masalah. Kerja tetap kerja. Walau pukul 1 pagi kena pergi office pun saya redha. Insya Allah.


Jumaat,2 April 2010.
Saya call husband. Your boss ade cakap apa2 tak? Husband cakap his boss cakap thanks lagi sbb bersusah payah semalam, and his boss cakap,'Give this to your wife'. Oh so sweet!  Sangat bertimbang rasa. Hari-hari ke Parlimen pon takper. Heheh..Saya mendapat satu box kepingan coklat yang nipis seperti kertas, ditaburi kepingan2 badam. Mak ai.. Sedap bangat. Sila rujuk gambar dibawah. 




  Owh,ini saya punya!                                


Ok bye, nak rehat. Ngantuk. Tata! Oh tetiber terindu pada ngomelan seorang designer dan terindu mahu melihat kelibat Umar! Ah, rindu dong!

Al-Fatihah

Innalillahiwainnailahirrajiun.
Takziah kepada keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat dan memudahkan urusan Allahyarham di akhirat. Al-Fatihah.