Thursday, April 15, 2010

Bersenam (lame! duh~)

Heheh. I've sign up with Celebrity Fitness. [Boo! Boo! Lame one~] Hahaha..suke ati ar. =p So, i went there with husband. We both sign up for Family Package. Tidak didesak tapi lebih kepada rasa hendak. Paham? Heheh,banyak kelas yang menarik. Husband tanya, what if you get pregnant? Wahahah. So concern eh you husband? Mestilah makcik tak work out kalo preg. I'll opt for yoga and pilates (mase tuh, ni la aku jawab.buta ilmu sungguh masa ni).
Then husband tanye, 'Is yoga permissible in Islam?'.. and I answered, 'I'll check it out'.
Jadi setelah mencari-cari fatwa yang berkenaan dalam Majlis Fatwa Malaysia, ini yang saya temui dan saya mahu share dengan anda semua yang concern. 
Disini saya pastekan fatwa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sbb sy di wilayah. Bagi negeri yang lain sila rujuk disini.

Fatwa Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kategori : Akidah  
Tajuk :
Fatwa berkenaan dengan senaman Yoga dan perkara yang berkaitan dengannya.
Isu :
Fatwa :
 
a) Senaman Yoga berasal daripada Masyarakat Hindu sejak sebelum masihi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang beramal dengannya.

b) Apa-apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang orang Islam beramal dengannya.

c) Mana-mana orang tidak boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan atau menerbitkan apa-apa buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem atau rakaman audio, khidmat pesanan ringkas dan e-emel yang berkaitan dengan amalan, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b).
Rujukan Pewartaan :  Seksyen 34
 
Tarikh Pewartaan :
2 April 2009

No comments: