Tuesday, April 20, 2010

Cara-Cara Menghilangkan Marah

Ubat Marah
Individu yang normal pasti akan mengalami perasaan marah apabila berhadapan dengan situasi yang memungkin perkara itu berlaku, dan kemarahan itu tidak boleh dielakkan. Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah adalah seperti berikut:
  1. Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya dengan berzikir dan berselawat. Firman Allah dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah, ingatlah kepada-Ku.”
  2. Meminta nasihat daripada orang berpengalaman. Suatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi, sepasang suami isteri yang sering bergaduh bertemu baginda untuk meminta nasihat. Lalu kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
  3. Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
  4. Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
  5. Fikirkan tentang kemurkaan Tuhan dan hukuman dari-Nya. Siapakah yang lebih besar kemarahannya, manusia atau Tuhan. Apa akan berlaku sekiranya Tuhan menunjukkan kemurkaan-Nya?
  6. Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Setiap orang melakukan kesilapan termasuk diri kita. Jika kita mengharapkan keampunan Tuhan, maka wajarlah kita bersedia untuk memaafkan orang lain. Sifat saling maaf-memaafkan akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
  7. Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat. 
 Wallahua'lam
 
Artikel diambil dari sini.

P/s: kepada yang bertanya siapakah gerangan yang membuatkan saya marah tahap dewa nih; biar sy saja yang tahu. Saya dan Allah. Kepada org yang menjadi tempat rujukan saya, thanks for the advice. Really appreciate dan membuat saya tenang. Cik H, malam td lepas online saya terus tdo, sambil mimpi basuh baju;apakah? =p

2 comments:

cik H said...

semoga dirahmati dan diberi kegembiraan wak.amin..

Anonymous said...

heheh,dengar citer dapat beg LV. biler nk tunjuk kat sini =p