Sunday, April 25, 2010

Count it Down

Mengantuknyer hari ni. Ape kes yer? Teringat pulak kat kak Nani. Ape kes pon dh jadi ayat regular dia.
Esok keje. Tapi boss masih tiada. Dapat lah bersenang senang sket. Heheh. Dasar pemalas nih. Amboi biasa dia.
Oh esok saya mau bayar PTPTN. Adehai,surat cinta dah mari~ Duit automatik akan pergi. Oh, sila jangan pergi jauh sangat-tak terkejar nanti. Ari ni nak cerita pasal wishlist, boleh? Boleh sebab ini belog ana yang punya. Hahaha. Disebabkan idea tak berapa nak ada, tengok gambar best jugak kan? Kan,kan,kan?

1. Microwave Oven
Disebabkan saya mau menjadikan baking sebagai kerjaya sampingan; microwave oven ini amatlah saya perlukan. Saper nak  derma angkat tangan! Yeaa, saya nampak yang baju biru tuh nak derma. Anda si baju biru jangan sembunyi bawah meja. Awas~



2. Kitchen Aid Mixer
Owh, ini cinta pertama dalam kategori mixer. Tiada yang paling hot selain dari dia ni. Memang sexy kalau letak kat dapur. Ini kan keperluan untuk biz di atas. Yehuuu~ Derma,anyone? Oh, memang ada tokoh nak jadi pengutip derma ni. Hello, pengutip derma di KL berpendapatan tinggi yer. Take note please.




yang terakhir (buat masa ini), drum roll please..



3. LV=love
Ini dia. Ada yang suruh saya tunjuk di ruangan komen. Katanya mana LoVe saya? So, meh nak explain. Saya tak der LoVe lagi. Masih berkira-kira. Aduhai~ Perlukah LoVe? Husband jawab perlu. Jadi, what say you? =) Rhyme la pulak. Heheh..
p/s: esok ada pakaian mahu dihantar ke tailor. Poket sudah koyak dan rabak.

No comments: