Tuesday, April 13, 2010

Merancang Majlis Perkahwinan/Wedding Planning


Hari ini saya sangat bersemangat untuk bercerita tentang majlis perkahwinan. Walopon makcik ni dah senior setahun; tetap jugak nak share aper yang patut. Mind you, this entry gonna be longggg one. Sit back,relax and enjoy.

1. Wedding Folder
Perempuan mmg suka merancang, believe me. Masa nak getting married last year, saya lah org yg paling kepoh. Hahaha. Seriously;cakap jer majalah mana yang saya tak beli. Heheh. Tapi the most important thing above all is your wedding folder. Yes ladies! Wedding folder sangat penting sebab kat dalam tu lah u all akan simpan all the receipt [payment/booking], business card org yg berkenaan dgn majlis2 perkahwinan nih dan senarai yang nak kena buat a year before the wedding. Sound's remeh n payah kan? Tapi percayalah, korang akan menghargai folder yang satu nih. So, mine; saya letak partition yang colorful. Every single partition are meant for 1 item only. 
Example: Pink partition for wedding dress.

2. Wedding Dress for Akad
Kalau boleh, rancang dan plan bebetul pattern yang macam mana u all nak for your wedding dress. Macam akak-yang-dapat-markah-lebih-tang-punggung nih memang tak dapek la nk wat kebaya potongan duyung. Hahah.sure duyung-duyung takleh cari makan;i.e. Maya Karin. Heheh.. So, untuk majlis akad nikah, saya hanya buat kurung modern jer. Ha, lagi satu jgn lupa yer, carilah tailor/atelier yang betul2 mahir dalam selok belok buat baju nih. Jangan buat mini kurung, tup-tup dapat mini skirt. Heheh.tak ker haru. Jadi ingat, tukang jahit yang mahir itu PENTING. 

Untuk baju nikah saya, saya buat kat Pertama Complex. Kat kedai Amin Jauhary. Dulu masa sekolah-sekolah,masa dah berangan nak kawen, [Amboi biasa die nih, patut Add Maths tak lepas] saya teringin sangat nak buat baju kat Rizalman. Hello~ Rizalman okeh. Dari haku Form 1 sampai skrg umo dah 27 tahun, masih lagi simpan angan-angan, one day mesti nak dapatkan air tangan Rizalman. 

Kalau u all mampu buatlah kat mana-mana designer yang u rasa teringin sgt nk buat baju untuk nikah. Yang penting, ukur baju dibadan sendiri ok, jangan ukur baju kat badan Lindsay Lohan.


Untuk majlis perkahwinan atau reception, it will depends on your majlis. Kalau majlis kat rumah macam akak nih, saya pilih untuk menyewa baju kebaya songket bunga tabur. Hahaha. Bukan main lagi akak nih. Pastuh tudung tak beli sekali, bajet mak andam ada bawak tudung. Hahaha.. last-last pakai tudung bawal;macam nk pergi pasar dengan-vogue [vogue disini bukan nama org okeh]
Kalau majlis yang ala-ala ABP, tetamu lebih dari 2000 org, pakai la baju tak panas sangat. Tapi bukan bermaksud Bithday Suit yer..Baju dari chiffon dan lace adalah sangat cantik. Cewah~ Berangan cam nak kawen lagi jer. Hehehe. Pilihan warna juga penting. Erm, mesti ade terpikir, camner nak pilih warna? Jangan main pilih jer yer cik kiah~ [Bukan nama sebenar]


3. Kad Kahwin
Talking about kad kahwin atau nama penuh dia kad jemputan kahwin. Rancang dengan teliti. Memula discuss sama ada korang nak satu kad share ngan FH/FW, or korang nak sorang satu kad, takmo share-share. Hahaha. Sila lakukan banyak research,kalo korang ade banyak masa. In our case, saya ngan husband memula buat kat Puchong. Tapi lepas tengok die punya artwork ngan harga rasa cam tak worth-it. Husband ajak cari kedai lain. Jadi, end up kami buat kat Medan Mara, kedai hujung sekali. Kedai kad kahwin kot nama dia. Heheh. Lagi satu, jumlah kad itu penting jugak. Lagi banyak quantity,lagi murah. Me ngan husband tak share kad. Cuma kad tuh, agak sama corak kecuali husband nyer lagi besar. Oh, ada satu lagi benda penting dalam kad kahwin ni yer; cek nama-nama [u all ngan parents], address, map, no fon untuk dihubungi dan yang paling penting tarikh tuh. Sila SEMAK DENGAN TELITI.

4. Bunga pahar, gift utk tetamu, bunga manggar
I don't know why bunga pahar plays an important role in organizing a kenduri kahwin. Cewah,speaking london. Betul, cuba la korang bgtau parents korang,'Mak,takyah arr bunga-bunga pahar ni..' Haa,kalo nk tengok cik Tipah melompat,cubalah. Hahaha. I once told my mom about this, few months before my wedding day. Tahu ape cik Tipah kiter jawab, 'Isk..ade ke takder bunga pahar. Mak nak jugak bunga pahar..' Hahah..jadi terpaksalah cik akak ni cari bunga pahar. Heheh. Apepon kawan2, sila consult ngan parents anda yer. Mungkin bagi kita tak der makna pon bunga pahar ni, tapi for adults,BUNGA PAHAR ITU PENTING. Tapi for those yang parents boleh compromise; I guess u r lucky no. 1~ ;P
Gift utk tetamu pulak. Nowadays banyak sangat pilihan kat pasaran. Sampai ada yang wedding dah jadi ala barat betul la..hehe. Oppss! 
For me, pilih la yang paling affordable. Kalau setakat uncang yang org isi gula-gula tuh bebudak buang depan mata atas jalan raya,kita okeh lagi. Kalo bekas yang beli harga RM2, letak pulak ferrero rocher 2 bijik, lepas makan diorang lempar jer depan mata kita,camner? Rasa nak nangis tak? Heheh.. nangis la korang kat sini. Tengok 'RM' 'RM' kat atas burung merpati yang baru terbang. Hahaha..Back to my case, for kids, saya bagi sweets, untuk org tua-tua sy bagi telur rebus. Korang pulak, dah/nak bagi apa? Bagi yang ramai sedara mara yang sanggup menolong untuk agih-agihkan kepada tetamu, tahniah dan seribu rahmat buat anda. Tapi bagi me yang mmg takder sedara mara yang meng'offer' diri untuk membantu; hermm..sendiri mahu ingat. Tapi saya sangat bersyukur dengan kehadiran adik yang tercinta Farhana and frens. Terima kasih cik adik. I owe u a lot. Awak kawen, sure akak datang; and I'll buy you a BIG pressie! She's more like a family member rather than friend.
Yang ketiga tapi tak kurang penting jugak is bunga manggar. Ok, let us digest carefully on how bunga manggar memainkan peranannya. Heheh. 2 kegunaan disini. Yang pertama, bagi yang ada berarak, Bunga manggar ni haruslah ada. Mesti ada org tolong pegang masa pengantin nak berjalan. Bak kata org, nampak colorful la sket. Tapi bagi yang tak berarak macam akakkk ni, still beli jugak bunga manggar tapi utk letak kat signage "KE RUMAH PENGANTIN, NURUL & HAFIZ". Hehehhe..Yerla, kalo letak signage jer, takut org tak perasan. Takut nanti org ingat iklan pasang Astro. Hehhehe.. 

4. Make up artist [in my case mak andam]
So, ni pon kena take note jugak. Sila search thru pengalaman org-org lain. Kalau ada yang bole test make up, itu lagi bagus. At least, korang ada la picture,'Camner la dia ni make up kan muka aku'..Hehehe.. Penting tau. make up mase wedding ni kalo silap,dah takder masa nk betul-betulkan. So, berhati2. Jangan sampai korang rasa cam nak sepak jer muka mak andam yang buat keje sambil tdo. Hahaha.. Which in my case, I almost fainted on my kenduri day. Hahaha.. lawak2.
Ha, about the gender of your make up artis; errmm 'Lu pikirlah sendiri'. Saya bukan bagi statement yer, saya suruh anda fikir sendiri. Mana satu yang korang nak, itulah dia. Dalam kes saya, mak andam-upah-3 hari-tapi-satu-hari-make up-sambil-tdo~ ;p
 
5. Inai  
Erm, inai or henna. Yang ber'awan larat tuh. Saya pilih inai sahaja. Justification? Erm. buat research sendiri yer. Please. Sebab it will involve a lot of ayat Quran and sabda Nabi Muhammad pbuh. So, saya takut kalau saya tersalah tafsir lalu saya terpaksa menanggung beban andai anda semua ebrtindak berdasarkan ayat-ayat dan sabda yang saya quote nnt. Jadi, saya harap anda boleh mencari sendiri fakta-fakta yang benar. Hehehe. Oh btw, husband saya tak berinai pon. Haih~


6. Spa, Pedicure, Manicure
Oh please don't! Jangan memandai  nak pegi facial 3 weeks before your big day. Jangan la sayang~ We never know,what will happen,rite? Mahu dari muka takdok jerawat tetibe tumbuh jerawat? Heheh. just maintain jer. Lepas your bigday, ha,sental la muka tuh.
Pedi ngan manicure pon saya tak galakkan unless korang tak pakai inai. Sebab, bila kiter buat pedicure dan manicure tuh, sel-sel atau kulit sekitar kuku kaki dan tangan akan membuatkan inai tak melekat kat jari anda. Percayalah. I've gone thru that. So, kalo kepingin sangat nak cantikkan kuku, buat la sebulan before. So that, kulit tuh boleh back to normal masa nak pakai inai nanti. Arasso? [Got it?]


7. Kasut nak pergi masjid
Oh, lebih afdal nikah di masjid, tahu enggak? Jadi, jangan la baju dah vogue abes,tetibe takder kasut pulak nak pakai. Yang pengantin lelaki dah siap dtg ngan kasut hitam berkilat atau paling tidak capal. U ols? Pakai selipar jepun? No,No,No~ Setidak-tidaknya, carilah kasut bertumit yang cantik di pakai dengan wedding dress tuh. Kalau mampu pakai Stuart,pakailah.. Kalau sayang nk membazir pada kasut yang mahal, ade jer kat market kasut yang takder nama tapi cantik;berbatu-batu bagai [walopon bukan belian]. Lagipon bukannya berjalan 1km dengan tumit tinggi kan? Ala setakat jalan 3 meter dari pintu Masjid. Macam saya, saya tak beli. Saya recycle. Saya ada banyak kasut tumit tinggi yang jarang dipakai sebab vogue sangat [tak malu,sendiri cakap vogue],jadi saya matchkan dengan baju yang nak pakai gi Masjid. Alhamdulillah, okeh jer. Hehehe..

8. Bunga tangan/Hand bouquet
Erm, hand bouquet nih order la seminggu sebelum. Kalau tanak keluar rumah dah seminggu before big day, mintak la tolong abang or mak gi orderkan. Jangan suruh ayah yer! Heheh.. Kalau takut tak sama taste, gunting jer gambar yang korang berkenan. Suruh nyonya kedai tu buat. Kalau boleh fresh flower yer. Takmo la yang fake. Ala,sket jer guna bunga untuk hand bouquet. Bukan besar pintu gerbang pon..Hehehe..
For my wedding, kami tempah hand bouquet, dan dua gubahan fresh flower untuk diletak di ruang tamu dan juga bilik tidur. 

9. Hantaran 
Hantaran sekarang mahal kan? Perasan tak? Heheh,kadang satu dulang boleh sampai RM250. Tapi hasilnya mmg mantap. Tapi sekejap jer; pas amek2 gambar, abes dah lau satu dulang. Heheh.. 
Pastikan berdiskusi dengan partner barang aper yang korang nak hantar. 
Satu kekurangan hantaran yang husband bg kat saya ialah, apa yang husband beli nak bagi saya, tak diletak dalam hantaran. Sebab last minute ada org nak bagi halwa la, buah la, jadi dulang untuk saya tak seperti yang saya jangkakan. Sedey gak sket. Heheh..tapi sib baik pas kenduri dapat balik semua. So, kat sini pentingnya communication, dan firm dengan keputusan anda. Macam husband, dia pon tak tahu ekceli apa yang diorang buat dgn hantaran yang dia supposed hantar pada saya. So, masa die tengaok dulang, sumer dah siap. Kek saya takdok, jam tangan takdok..hermmmm. Jadi,to avoid this,BINCANG DENGAN KELUARGA. INI MEMANG PENTING.


10. Katering
Katering penting. Sama penting dengan make up. Pengantin kena cantik, makanan kena sedap. Saya sangat memilih masa parents saya nk tetapkan katerer. Hahaha.. Saya kalau boleh tanak la katerer yang parents saya dah pilih. Tapi akhirnya saya akur jugak setelah tengok betapa runsingnya ayah saya bila saya kata 'Adik takmau la katering XXX ni'.. Tapi setelah kenduri berakhir, sampai hari ni, ada sorang kawan saya kata, masih terkenang kenduri saya.Sedap. See,told u! tak luak kalo ikut pilihan keluarga. Alhamdulillah.
Kalo ader adik beradik/ saudara mara yang ramai dan BERSEDIA nak tolong masak, dan tolong hidang; andalah org yang bertuah. Jarang ada saudara mara yang nak amek tahu kalo kita nak buat kenduri. 'Lantak la korang,janji hari kenduri, aku bole datang makan'
Percayalah sayang, memang ada. Jadi kalo dah cenggitu ghopenyer [rupanya], anggap jer la korang takder saudara mara; dan teruslah proceed guna katerer. Heheh,hati tak sakit,jiwa tak parah. ;p 




Penat dah taip. Panjang. Nak stop dah ni.
Ada nak tanya ape2 tak? Oh lupa nak cakap pasal tukang tangkap gambar. Later~





2 comments:

adda_shariff said...

kak, amin jauhary ada wat dress tak? ke dia mmg specialise in songket bunga tabur je?

Nurul+Hafiz said...

hi adda~ amin jauhary ada buat dress jugak. tapi biasanyer staff die yang amek kiter nyer ukuran. so, the best thing is, bawak la gambar dress yg awak inginkan. at least ade arr picture camner dress tu nyer rupe.
all the best yer?

btw: rizalman,baju tradisional n modern mmg hebat, songket sinonim with salikin sidik, to name a few yang boleh tahan murah,amin jauhary, rizman ruzaini dll.. gud luck!