Friday, April 9, 2010

Syukur = Bahagia



Dah banyak sangat blogger yg saya follow secara diam2. Mostly because of their life+wedding story. Some of them really inspiring, some of them really annoying. I never meant to underestimate or to judge other's life. But when we keep reading the ungrateful entry from the same person, mula la I sakit kepala. Heheh.. Pening. How org sekeliling boleh terima+boleh layan kerenah manusia yang pelbagai. Listen, Kadang-kadang, apa yang kita harapkan tak seperti apa yang kita dapat. Still, bersyukurlah. Allah tu Maha Adil, Dia tahu ape yang terbaik untuk kita. Rancang lah segah manapon, keluarkanlah duit banyak manapon, tapi kalau Allah say No, maksudnya No lah..
For instance, majlis perkahwinan. Yer,saya juga terkena tempiasnya. "Kahwin dengan anak Dato', tapi buat kat rumah jer??" "Simple sangat la.." "Pelamin pon takder?" Itulah antara bunyi-bunyi yang saya dgr untuk majlis perkahwinan saya. Yer, saya dinikahkan dengan anak Dato'. Tapi bukan dengan Dato'. Anak Dato' yang tiada apa-apa. Yang baru belajar untuk hidup.
Saya sangat simple sebenarnya. Dan saya tahu di mana kedudukan kewangan keluarga saya. Bapa saya bukan Dato', mak saya bukan Datin. Untuk menyara hidup sekarang, bapa saya hanya bekerja sebagai seorang jaga. Yes, bapa saya seorang jaga! Sebelum pencen, bapa dan mak saya bekerja di Telekom. Jadi saya sedar diri saya kat mana. Heheh. Jadi saya tak berlebih-lebih. Saya tiada make-up artis, saya tiada wedding planner..saya tiada semua tuh. Saya lakukan secara perlahan-lahan tapi terancang. Apa yang mak dan bapa saya telah rancang terlebih dahulu seperti caterer n etc, saya follow jer. Termasuklah risky my face kepada mak andam. Hehehe.. result? Mak aii,2 days was ok,ari kenduri umah saya; tak lawa pon. But still I'm happy. Sebab saya berjaya memudahkan urusan mak dan bapa saya. Saya akui, jemputan di sebelah rumah saya juga kurang dari norma. kad saya hanya 400 keping sahaja. Jadi, ramai yang sy tak dapat jemput. Nak buat macam mana, budjet setakat 800 org jer makan. ;) Bajet takdok~
Hehehhe.. Tapi takpa, saya bersyukur kerana saya telah selamat dinikahkan dengan lelaki yang benar-benar memahami diri saya. Yang menerima saya seperti saya. Yang tidak berharap lebih dari apa yang saya ada. Yang tidak pernah meninggikan suara kepada saya. Yang telah berkawan dengan saya selama 8 tahun sebelum kami diijabkabulkan. Jadi,inilah jodoh saya. Inilah ketetapan Allah Yang Maha Agung untuk saya, hamba Nya yang sangat kerdil. Saya bersyukur. Walaupon majlis saya tidak se-gah Mawi dan Ekin, Erra dan Yusry; saya bahagia.


P/S: Walau kenyataan itu pahit; bersyukurlah!

2 comments:

adda_shariff said...

hai kak nurul..nih 1st time jumpe blog akak..inspiring nye entry nih. n true apa yg akak cakap tuh..apa2 pon kite just be happy on what we have n takyah nak wat things jsut for the sake nak show off kat org tp satgi kita yg susah sendri kan..hihi.. i'll link u to my blog eh.. :)

Nurul+Hafiz said...

Hye adda! Layan jer la akak merepek yer. Hehe,thanks for the link eh, i've linked u to mine too~ G'day!