Thursday, May 13, 2010

Bercuti di Krabi Day 1 [Part 1]

Setelah 4 hari lepas kitorang selamat pulang dari bercuti di  Krabi, barulah ada kesempatan nak menulis tentang trip kali ni.

Day 1
5 May 2010/ Wednesday/ Rabu

Kami bergerak dari Bkt Antarabangsa pukul 9.00 pagi menuju ke LCCT. On d way tu,berhenti kejap utk tapau breakfast @ McD. Hehehe..husband ckp saya ngan McD mmg tak boleh berpisah. =p

Sampai di LCCT, husband drop saya before pergi park kereta @ Tune Hotel LCCT. Kenapa park dekat Tune Hotel? Sebab parking fees @ Tune Hotel RM16/day!! So far, it is the cheapest parking fees dekat area LCCT.
Ok,selesai breakfast,boarding dan segala hal, kami menaiki pesawat Air Asia AK804-Kuala Lumpu ke Krabi.

Sepatutnya perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit,tetapi pada hari tersebut kami tiba 20 minit awal dari waktu yang dijangkakan. Lapangan terbang Krabi cute jer;I mean kecil. =p Kebersihan terjaga. Construction site di sebelah airport juga bersih compare to Malaysian practice. It hurts, because it's true. So, kami beratur di counter immigration. Saya kurang paham kenapa officer2 immigration di Krabi ni susah nak senyum. Isk. Boleh muntah darah kalau tengok muka masam diorang, tapi still ok lagi compare to officer immigration Singapore yang paling kurang ajar. Serious.

Ok, lepas collect luggage, we both terus keluar sampai kat depan pintu keluar, ada dekat 10 representatives dari hotel-hotel sedang menunggu pelanggan masing2. Tak terkecuali kami. We saw a man holding a laminated card with Mr&Mrs ------ hahahaa..lawak2! me ngan husband yang pergi bercuti, nama ayah I pulak kat board tuh Kuikuikui.. So, he took our luggage and bring us to the car. Toyota Altis. Kat Thailand ni, kereta mmg murah2. So, kereta-kereta buatan Jepun mmg bermaharajalela la kat jalan raya. Kami bergerak meninggalkan Krabi Airport untuk menuju ke Amari Vogue yang terletak di pantai Tub Kaek. Dalam perjalanan, kami melewati Tesco Krabi, dan husband meminta driver berhenti di bangunan bersebelahan dengan Tesco Airport, iaitu Outlet Village Mall. So, kitorang berhenti dalam 30 minit untuk comparekan harga-harga di Outlet Village Mall dengan harga di Malaysia. So far, so cheap! Most of the item are slashed down up to 50% off dari harga di Malaysia. We didn't buy anything. Save the best for the last  =_='.
Lebih kurang 40 minit kami sampai di Amari Vogue, Krabi. Subhanallah. Memang cantik sangat hotel ni.

Keluar je kaki dari kereta kami disambut oleh bell boy, front officer dan juga reservation manager. Anda akan berasa sangat 'welcome' dengan layanan yang diberikan. kami diberikan minuman sejuk iaitu air dari ekstrak roselle dan juga cold tower yang telah direndam dengan bunga jasmine. Masya Allah. Lega terus dari kepenatan sepanjang perjalanan. Setelah diberi sedikit penerangan, kami dibawa untuk melihat bilik pula. 















Seriously, sangat la lawa. Dari bilik air sampai la ke balcony. Semuanya cantik. Kemudahan wi-fi pun ada. Pendek kata takde kecacatan di mata kitorang. Lepas rehat sekejap, me ngan husband turun bawah untuk tunggu hotel's van to transport us to pekan Ao-nang. So, sharp pukul 4.00pm kami bergerak meninggalkan Amari Vogue. Dalam van, kami berdua jer org Muslim dari Malaysia, yang lain dari German dan UK. Saya sangat lapar, sesampai jer di pekan Ao-Nang, saya terus ajak husband cari makanan. Cari yang ringan jer dulu. 








Memula kitorang makan Rroti. Saya order Nutella with banana. Sedapp! Doh dia macam doh roti canai. Exactly. Tapi dia tak tebar, just lebarkan sket,letak nutella ngan banana, pastuh fry mcm roti canai. Sampai garing. Then dia potong-potong, letak atas paper plate pastuh dia bagi lidi. Makcik kedai nih pandai cakap Melayu jugak. =) 


Oklah, boleh tak stop kat sini dulu? Sebab macam dah penat. ;p


Nanti saya sambung episod Bercuti di Krabi Day 1 [Part2] ok.

4 comments:

ki said...

kakak ku,

ini yg saya tunggu.

balik pon~~ update pon~~

Nurul+Hafiz said...

hahah..ki,i have more to tell.tapi penat nak type plus nak resize gambar.tunggu eh.. =p

Miasuraya said...

I like the hotel. Very spacious! Hehe blog lagi. Boleh use it as a guide to Krabi :)

Nurul+Hafiz said...

ok Miasuraya-si-cantik-manis,will do.wait for the next related entry.