Monday, August 30, 2010

Appropriate question at appropriate time



It's not about you,it's about us
It's about our future
So, you please don't bother
Sometimes, it should be ok
But, all the times is 'serabut'
You make me puke with your question
You make me vomit-blood;thinking on how to answer your question
Raise your baby, take care of your family
Do not come in front of me everyday or every single opportunity you have;
only to ask 'When are you going to have a baby?'
It's not funny at all
Take not on this, n take care..


p/s: Once in a blue moon is ok my dear friend. Tapi kalau hari2 or ade jer peluang to ask, this is the question yg kuar dari mulut u, org tak pekak pon boleh jadi pekak. G'day!

Cancer

Salam & selamat berpuasa.
I don't know where to start and how I am going to end this entry..

Last week, officially my uncle was diagnosed with cancer perut. Peringkat ke 3.
Setelah kaedah gastroskopi, endroskopi digunakan, the doctor said they will do a major operation today.
Sebab nak elakkan sel2 cancer melarat ke organ-organ penting seperti jantung dan paru-paru.
Last Saturday, my mom ade kat hospital. Together with my cousins n my other uncle. 
My uncle with cancer siap buat lawak. He told my mum; 

'Aku ni dah macam lembu..cucuk sana, cucuk sini, masuk wire kat hidung..hari Isnin ni kena sembelih..'

Today, I called them yang ade kat hospital..the operation cannot be proceed. Reason; sel-sel cancer dah mula menjangkiti jantung. Saya terkejut sebenarnya. (He's the only relative yang melawat our first rumah sewa kat Kota Damansara dulu) Saya sedih+sebak. *jaws rasa sakit sekarang sbb tgh menahan perasaan*

I hope my Pakcik Pa akan recover,sihat seperti dulu..semoga Allah permudahkan urusan Pakcik Pa.
Insya Allah, balik raya next week, saya akan jumpa Pakcik Pa..
Insya Allah..

Tuesday, August 24, 2010

3 in 1 post

Lately, sejak start berpuasa mmg malas sgt nk berblog. Rasa macam jari jemari dah keras kematu untuk menaip. ^__^''

Last weekend kite balik kampung. Yeaahaa~ Lunch hour pergi Sogo dgn 2 member sebelah partition and boss nyer secretary. Huhu..Kite beli roti kat bakery and yogurt drink untuk berbuka nnt. Sah la berbuka dalam kereta. After work, dengan jam giler kat depan office, redah jugak lintas jalan sebab husband tunggu on the other side. Senang, sebab boleh terus masuk highway. Lepas tol Duta, traffic dah kembali normal. In fact, lagi smooth kot. Maybe ramai yang plan nk balik during National Day nyer cuti. At 7, we reach Tapah. Husband mandi;sebab takut mengantuk. Then kitorang pergi cari meja untuk berbuka. Sib baik awal, bley makan menda lain selain dari roti. =))
I bought sup fishball and sayur. Tu jer. Heeheh..giler gigih. Tipu jer,lepas tuh makan roti jugak. Sket. Heheh..Lepas Maghrib, tunggu husband kat Baskin. Hehhe..sebab tuh la makan sup ngan roti..sebab pas Maghrib mmg dah plan nk serang Baskin. Yummeeh! 2 scoops. Sharing basis.
Lepas tuh perjalanan diteruskan sambil co-pilot tidur dgn nyenyak nyer. Hanya tersedar masa keta stop kat R&R untuk husband refresh kan diri.Huhuh. Beli buah-buahan untuk dibawa balik and we reach SP around 11.Esok paginyer, sahur nasi sket banyak sket,lauk daging [resipi ibu], sayur and air yogurt. Pas Subuh, tdo kejap. Letih woo. Ingat co-pilot tak letih ker? Heheh..

Kol 9 keluar ngan husband, mak n ayah untuk beli barang n gi kedai langsir. Sampai rumah, pukul 1.00 tepat. huish. Letih sgt. Lepas simpan2 barang, tidur kejap before Zuhur. Kununnye..tersedar 2.30..baru terhegeh2 nak semayang n tolong mak kat dapur. Menu hari Sabtu lepas ialah: Nasi minyak, Ayam percik, Murtabak Raja (All the way from Kelantan bebeh!), along beli air soya, sayur campur. Burp! Alhamdulillah. Kenyang makcik!

Ahad, after sahur..basuh baju untuk dijemur kat umah mil. ;)) Heheh..lepas baju settle, mandi and off we go to umah mil pulak.. Kat umah mil, dah jadi princess. Hahahha.. self-proclaimed. Jadi tengok tv, baca paper n tdo lagi..kenape tah..sakit pinggang. Kawan baik nak datang kot. =p
Tengahari pegi Sunway ngan adik2, beli buku and stationary. Pukul 4 sampai rumah..duduk kejap, lepas Asar mil suruh gi bazaar Ramadhan. Pergi la kat Bazaar Kepala Batas. Besar n ramai sangat,sampai jalan kena tengok kaki;takut tersadung kaki orang. Heheh..kitorang beli nasi ayam[husband tak makan kuew teow sup;menu berbuka kat umah mil for that day], for sil, die nak kebab, ABC and murtabak. Oh,tak lupa juga serabai. ehhehe.. Sedapnyer cicah kuah durian. So, dah settle semua, balik umah prepare untuk berbuka. Menu jadi bertambah. Menu sedia ada dirumah, kuew teow sup, air kelapa, nasi, ikan, udang goreng tepung,sayur campur...Argghhh!! Banyak nyer..camner nak makan nih?? Heheh.. End up, rasa semua. Tapi kuantiti; ala kadar. Heheh.
Esoknyer lepas sahur, husband hantar fil ke airport. Pukul 5 pagi kot. Husband sampai rumah around 7, and kitorang berkemas untuk balik KL;oppss! dengan buah hati baru~ Byee~

Sunday, August 15, 2010

Onde-Onde @ Buah Melaka

Petang td saya buat buah Melaka sebagai juadah manisan untuk berbuka.
Sedap [Saper lagi nak puji ko..] Haahaha..So, bagi yang teringin atau tercari-cari resipi onde-onde @ buah Melaka ni. Silakan mencuba.. Bagi orang Melaka, wajib tahu buat kuih nih.. Kalo tak nanti kena buang daerah.

Onde Onde @ Buah Melaka.

Bahan-bahan:

  1. 200gm tepung pulut
  2. 1/4 cawan air panas
  3. 2 ikat daun pandan
  4. Gula Melaka diputong kiub
  5. Sedikit garam
  6. Air secukupnya untuk merebus buah Melaka
  7. Kelapa parut; ambil yang putih sahaja.
Cara-caranya:
  1. Mula-mula, potong gula Melaka kepada bentuk kiub-kiub kecil.
  2. Ambil daun pandan tadi, potong kecil-kecil dan masukkan dalam food processor. (Saya pakai blender jer;sebab malas nak keluarkan mesin banyak2)
  3. Tuang sedikit air, dan mesin daun pandan tersebut sehingga lumat.
  4. Tapis pati pandan tadi, dan letak tepi.
  5. Dalam satu mangkuk, ayakkan tepung pulut tadi.
  6. Masukkan secubit garam, pati pandan tadi sebanyak 1/2cawan, dan 1/4cawan air panas tadi.
  7. Uli sehingga tepung tak melekat di tangan dan dalam mangkuk adunan.
  8. Kemudian, jerang seperiuk air (secukupnya) biarkan menggelegak.
  9. Dalam masa yang sama, boleh lah bulat2kan doh tadi sebesar saiz limau kasturi.
  10. Tekan bahagian tengah doh, masukkan gula Melaka dan kembali bulatkan doh tersebut.
  11. Setelah selesai, masukkan batch by batch ke dalam periuk yang telah kita jerangkan air tadi.
  12. Buah Melaka akan timbul setelah masak.
  13. Angkat, tos dan letak  ke dalam bekas berisi kelapa parut tadi.
  14. Nyam.Nyam.Piap.Piap. Boleh makan.

 

Saturday, August 14, 2010

Tragedi Ramadhan di Jasin, Melaka

Ramadhan ke 3


Sumber dari Bernama


Dua Peniaga Bazar Ramadan Terbunuh, 17 Cedera Dalam Kejadian Ribut Di Jasin

JASIN, 13 Ogos (Bernama) -- Dua orang peniaga bazar Ramadan terbunuh menakala 17 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut di perkarangan Stadium Jasin di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, dari Kampung Gong Merang, Terengganu dan Abdul bin Omar, 73, dari Air Merbau di sini.

"Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala terkena khemah sepanjang 20 kaki dan 20 kaki lebar yang diterbang ribut," katanya kepada Bernama.

Mahadi merupakan peniaga martabak manakala Abdul peniaga cendol.

Sebanyak 30 buah khemah didirikan di bazar tersebut.

Che Suza berkata tiga mangsa mengalami cedera parah dan masing-masing di rawat dirawat di Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Pakar Putra dekat sini.

"Manakala 14 lagi cedera ringan dan dirawat di Hospital Jasin sebagai pesakit luar," katanya.

Seorang peniaga yang terselamat, Farim Rosli, 32, berkata ribut yang kuat menerbangkan hampir kesemua khemah di situ.

"Tiba-tiba ribut datang, terbangkan khemah tempat saya berniaga. Nasib baik saya dapat mengelak daripada terkena tiang besi kaki khemah yang diangkat ribut, kalau tidak, tak tahulah macam mana nasib saya," katanya.

Beliau berkata orang ramai dan peniaga bertempiaran lari menyelamatkan diri. "Sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kami (peniaga) dilanda ribut yang cukup dahsyat, walaupun dalam tempoh yang tidak lama," katanya.

Seorang pengunjung, Fatimah Hassan, 32, berkata ketika kejadian beliau sedang membeli juadah dan keadaan ketika itu begitu kelam kabut dengan masing-masing cuba lari menyelamatkan diri.

"Saya bersyukur kerana tidak cedera walaupun nyaris-nyaris terkena tiang besi kaki khemah," katanya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Anggota Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Hassan Rahman melawat mangsa kejadian.


Thursday, August 12, 2010

Iftar Day 1

Right after work, we went to Pasar Ramadhan Taman Melawati. Whoa!
The traffic was heavy. Very heavy. 
We park our CLK (cute-little-kelisa) near to the traffic light.
From the very beginning I have set the menu for my iftar. Hopefully I can maintain it through out the fasting month. My first stall; Tauhu Anora. I am a loyal customer since my study year in IIU. Itu pon lepas one of my Sarawakian friend introduce it to me. Thanks Zana!
Next pit stop, husband beli lepat pisang;2 pieces. Lepas tu, I bought 1/4 tembikai, and sesisir pisang.
Then, beli akok RM2, cucur udang and husband beli nasi beriani+chicken. Oh, kami juga beli serunding daging,RM10/pack. It's quite expensive tho.
Reach home at about 6.30pm. Berehat sekejap, while waiting for the azan. 

So, what exactly we had for our iftar yesterday?

Me
  • Kurma
  • Tembikai
  • Pisang
  • Akok 2pcs
  • Tauhu anora 2pcs
  • Juice
Husband
  • Kurma
  • Akok 2pcs
  • Tembikai
  • Cucur udang
  • Juice
Before 8.00pm,we both dah settle berbuka.. Husband sangat kenyang; he even ignore and leave his nasi beriani untouched. Lesson learned. No more beli nasi after this.


What's your menu?


Nota kaki: Alhamdulillah, satu hari telah berlalu tanpa nasi. ^_^

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Salam and g'day~


Tomorrow is 1st Ramadhan. Insya Allah, kita akan berpuasa selama sebulan bagi lelaki dan kurang sket bagi girls. This is my first Ramadhan in my current office. Alhamdulillah, semuanya smooth sailing. We had Yaasin and Tahlil session pukul 3 tadi at our office. Yesterday pulak, we had pot-luck party. Food, food n food. 
Somehow, I am very happy and slowly, I'm adapting myself dengan office ni. August; ini bermaksud, I have been with the organization selama setahun. I have another 1 year contract, and another 1 year (optional) if they need me more. If not, bye-bye all.
My t.a bought nasi kerabu. It was awesome! Sedap sangat n I even suggest to her untuk berniaga. Heheh.
Today oso I bought new tudung from my colleague. 5 pieces to be exact. Hohoho. Skrg dah nampak merpati dengan symbol RM sedang terbang. -_-''
Yesterday pegi mall dengan husband for grocery. We bought corkflakes, coco crunch, milk, peanut butter, mineral water, oats, tea and etc. Bestnyerr!! I only had cereals masa bulan Ramadhan jer unless, breakfast kat hotel yg ade serve cereals n grains. Heheh..so bila saya pick 2 boxes of cereals yesterday, saya dah dpt rskan yg Ramadhan is just around the corner. ;)
Few friends celebrate the holy month of Ramadhan @ overseas. Untuk En Hussain n Kak Jihan di New York, Kak Shu n Abg Erwan di London, oh kawan kak Fiza, Kak Su juga di London, Roque di Ireland, selamat berpuasa yer.. Saya tahu, kamu, kamu, kamu dan kamu amat2 rindukan makanan M'sia, tp apakan daya..-_-''
Take care everybody, drink plenty of water, eat well, don't forget to add fiber in your Ramadhan's diet. 
Dates pon jgn lupa..


Niat berpuasa:


" Sahaja aku berpuasa pada esok hari untuk menunaikan Fardhu Ramadhan, kerana Allah Ta'ala"


Chow~

Thursday, August 5, 2010

Warming Up



Salam and good day!
It's been a while since I last update my blog.
Busy dan kadang-kadang penyakit malas melanda.
Hari puasa. Malunya..baru nk selesai puasa ganti.
Bila Ramadhan dah nak menjenguk, baru terhegeh-hegeh nak ganti.
Semalam husband outstation. Pergi Batu Pahat.. hari ni balik.. Insya Allah hari ni saya berbuka Nasi Beriani Batu Pahat. *drool*
Mak yang kat kampung pun pesan rempah beriani Batu Pahat 1/2kg. So, husband beli 1/2kg for my mom, 1/2kg for us.
Banyak sebenarnya nak kongsi cerita sebab sepanjang saya MIA nih, banyak perkara berlaku dan ada office event yang saya attend. Later lah yer, sebab entry kali ni nak warming up the mood je.