Sunday, August 15, 2010

Onde-Onde @ Buah Melaka

Petang td saya buat buah Melaka sebagai juadah manisan untuk berbuka.
Sedap [Saper lagi nak puji ko..] Haahaha..So, bagi yang teringin atau tercari-cari resipi onde-onde @ buah Melaka ni. Silakan mencuba.. Bagi orang Melaka, wajib tahu buat kuih nih.. Kalo tak nanti kena buang daerah.

Onde Onde @ Buah Melaka.

Bahan-bahan:

  1. 200gm tepung pulut
  2. 1/4 cawan air panas
  3. 2 ikat daun pandan
  4. Gula Melaka diputong kiub
  5. Sedikit garam
  6. Air secukupnya untuk merebus buah Melaka
  7. Kelapa parut; ambil yang putih sahaja.
Cara-caranya:
  1. Mula-mula, potong gula Melaka kepada bentuk kiub-kiub kecil.
  2. Ambil daun pandan tadi, potong kecil-kecil dan masukkan dalam food processor. (Saya pakai blender jer;sebab malas nak keluarkan mesin banyak2)
  3. Tuang sedikit air, dan mesin daun pandan tersebut sehingga lumat.
  4. Tapis pati pandan tadi, dan letak tepi.
  5. Dalam satu mangkuk, ayakkan tepung pulut tadi.
  6. Masukkan secubit garam, pati pandan tadi sebanyak 1/2cawan, dan 1/4cawan air panas tadi.
  7. Uli sehingga tepung tak melekat di tangan dan dalam mangkuk adunan.
  8. Kemudian, jerang seperiuk air (secukupnya) biarkan menggelegak.
  9. Dalam masa yang sama, boleh lah bulat2kan doh tadi sebesar saiz limau kasturi.
  10. Tekan bahagian tengah doh, masukkan gula Melaka dan kembali bulatkan doh tersebut.
  11. Setelah selesai, masukkan batch by batch ke dalam periuk yang telah kita jerangkan air tadi.
  12. Buah Melaka akan timbul setelah masak.
  13. Angkat, tos dan letak  ke dalam bekas berisi kelapa parut tadi.
  14. Nyam.Nyam.Piap.Piap. Boleh makan.

 

No comments: