Friday, October 15, 2010

Bajet 2011

Sempat menonton (lebih kepada mendengar) bajet yang dibentangkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak pukul 3 petang tadi. Inilah isi-isi yang menarik utk kita sebagai rakyat ambil tahu.

Apa yang naik? Apa yang turun?


1.  Caj Perkhidmatan dinaikkan dari 5% kepada 6%
    Increment on service tax; from 5% to 6%  [Bad news huh?]

2.  Tambahan cukai untuk perkhidmatan TV berbayar sebanyak 6%
    New service tax for paid TV broadcasting service +6%

3.  Cuti bersalin ditambah dari 2 bulan (60 hari) kepada 3 bulan (90 hari)
    Maternity leave Previously - 60days (2 months), 1st Jan 2011 - 90 days (3 months)

4.  Gaji minimum untuk pengawal adalah dari RM500 hingga RM 700 bermula 1 Jan 2011
    Minimum wages for security guard; Previously - RM 300 - RM 400 , 1st Jan - RM 500 - RM 700

5.  Elaun bulanan untuk JKKK dinaikkan sehingga RM800 bermula 1 Jan 2011
    Monthly allowance for JKKK; currently - RM 450 , 1st Jan -  up to RM800

6.  Elaun menghadiri mesyuarat oleh AJK JKKK, bermula 1 Jan, akan dinaikkan dari RM30 kpd RM50.
    Meeting allowance for JKKK Committee; currently RM30, 1st Jan - RM50

7.  Elaun bulanan untuk Imam akan dinaikkan dari RM450 kepada RM750
    Monthly allowance for Imam ; currently - RM450 , 1st Jan - up to RM750

8.  Elaun bulan untuk guru-guru KAFA dinaikkan dari RM500 kepada RM800
    Monthly allowance for KAFA teachers; currently - RM500 , 1st Jan - up to RM800

9.  Elaun pengurusan jenazah bagi penjawat awam dari RM1000 kepada RM3000
    Funeral arrangement assistant for civil servant; currently - RM 1000 , 1st Jan - up to RM 3000

10.  Had pinjaman perumahan maksima bagi untuk penjawat awam dinaikkan dari RM360k kpd RM 450k
      Maximum housing loan for civil servant; currently - RM 360 000 , 1st Jan - up to RM 450 000

11.  Pemohonan taraf penduduk tetap (Permanent residence application)
     Currently - up to 10 years, 1st Jan - up to 5 years

12.  Proses pendaftaran hak milik hartanah dari 30 hari kepada 1 hari.
      Property registration process; currently - 30 days , 1st Jan - 1 day only (Whoooaaaa!!)

13.  Pengecualian duti stem sebanyak 50% bagi rumah yang berharga kurang dari RM350 000 (Rumah Pertama sahaja.)
      Stamp duty exemption ; 50% for first time buyer (for houses not exceeding RM350 000).

14.  Pengecualian duti stem sebanyak 50% bagi penjanjian pinjaman.
      Stamp duty exemption ; 50% on loan agreement.

15.  Tiada kenaikan harga tol PLUS untuk tempoh 5 tahun akan datang. (Whoooaaaa!!)
      Toll rates will not be increase for the next five years

16.  Pengecualian eksais dan duti import untuk kenderaan hybrid. (Civic Hybrid next?)
      Exemption on duty import and excise on hybrid vehicle.

17.  Pengecualian eksais duti untuk OKU bagi kenderaan nasional. (Inspira?)
      Exemption on excise duty on national vehicle for disabled. 

18.  Pengecualian 5 % hingga 30 % duti import dimansuhkan (untuk 300  barangan pilihan pengguna tempatan & pelancong asing) 
      Exemption from 5% up to 30% import duty on selected 300 items (preferred by locals and tourists)

19.  Pengurangan cukai jualan bagi penjualan telefon bimbit sebanyak 10% 
      10% sales tax reduction for mobile phone


Any thing I left behind?



Jadi, apa kata korang tentang Bajet 2011 ?

Kata aku?

Kata aku mungkin esok atau lusa aku akan tepek kat sini.

Tunggu buah fikiran aku yer. Hugs.

3 comments:

adaMEnza said...

bonus xdakkkkk.org lain bonus 3 4 bulan gaji.sad sad

Nurul+Hafiz said...

tu arr.sadis sket la..doa la..mana tau,next year boleh dpt.sebulan pon jd la.. =))

adaMEnza said...

tu laaaa ameen.aku dah 2 taun berdoa hehe