Thursday, October 14, 2010

You Again?

60 Nuffnangers yang rajin+kreatif dan penuh idea akan dapat 2 tiket untuk pergi tengok satu cerita baru kat Cathay Cineplex,e@Curve. Bukan tu jer ok, 10 orang yang paling handal bercerita akan dapat Massage Voucher kat Urban Retreat (RM 189.00). Whoaa!! Dah la dapat tengok movie free, dapat pulak sesi rehatkan badan kat spa. So, tunggu apa lagi? Buat la satu entry. =)

Ini pulak version 'You Again?' kita.
---------------------------------------------------------------
Kelas 3 Tanjung - Sekolah Kebangsaan Batu Berendam
[Sila baca version Drama =)) ]

Ada minah nih, masa darjah 3 memang brutal. Cakap la budak lelaki mana yang dia tak belasah, budak perempuan mana dia tak jeling. Dia memang ganas. Ingat lagi, masa Cikgu Ng takder dalam kelas, mesti Cikgu Ng suruh dia jaga kelas. Sebab Cikgu pon tau dia nih garang. Selalu dia akan meronda dalam kelas, siap bawak rotan yang cikgu punyer. Dia memang scary!
Kalau dia lalu, semua senyap, kalau yang bersembang tuh, sure dia akan libas rotan atas meja.
Semua takut kat dia KECUALI budak lelaki sorang nih; Mohd Nor Zuhaily.
 Selalu bergaduh dengan Zuhaily. Sampai satu hari;

'Eh, ko tak paham ke aku suruh senyap?'
'Tak, aku tak paham'
'Kalau ko tanak kena tulis nama, ko berdiri atas kerusi skrg!!'
[Sambil berdiri atas kerusi;sambil bersembang lagi]
[Minah pegang rotan tuh dah hangin satu badan;datang meroyan die, abes dia libas kaki Zuhaily dengan rotan- tak cukup dengan libas kaki dengan rotan,- dia tarik pulak 'side burn' Zuhaily sampai Zuhaily menangis.]
 ---------------------------------------------------------------
'Siap ko, aku balik aku bagi tau ayah aku- kau pembuli!' [Cakap sambil tersedu-sedan]
'Bagi tau la, aku tak takut la!' [Tapi dalam hati memang takut]
'Biar bapak aku parang kan ko!'
'Eh, aku memang tak takut laa!'
 ----------------------------------------------------------------
Lepas Cuti Penggal Pertama tuh, Zulhaily dah takder kat sekolah tuh. Pindah ke Terengganu.
Since that day, diorang tak pernah jumpa lagi. Minah tu pon dah takder kat Sekolah Kebangsaan Batu Berendam. Kalau lah diorang bersua lagi sekarang; macam mana agak nya keadaan? Horror nak fikir. Mesti ribut taufan Katrina datang.
Atau kalau la Zuhaily terserempak dengan minah ni skrg, mungkinkah Zulhaily akan cakap 'You Again??' sebelum lari laju-laju?
 ----------------------------------------------------------------
Ini lah poster movie terbaru tuh! So korang, sila la serbu pawagam berdekatan 21 Oktober nih! Tapi kalo nak lagi best gi la tengok kat Cathay Cineplex dekat e@ Curve.=)








 ----------------------------------------------------------------
*Minah scary kat atas tuh adalah saya. Harap maklum sy mmg scary;dulu la.. Sekarang saya dah ayu dah.  *cough*

*Nak ticket percumaaaaaa!!!

No comments: