Thursday, May 23, 2013

Milo Breakfast Day 2013 - Part 2

Assalamualaikum

Ok. Berbalik pada cerita hari kejadian Milo Breakfast Day 2013.
Larian utk Milo Breakfast Day terbahagi kepada 2 kategori:

1. Larian 7km
2. Larian 3km (family)

Memula kalau diikutkan hati kecik ni, nak jer lari 3km. hahaha.. tapi sebab kan kena
ada 3 org ahli dan ke atas, terkubur la hasrat utk chicken kan diri.

Pagi Ahad, dalm pukul 6 kami dah gerak utk ke Serdang. Dalam kereta sempat makan
separuh bar Nature's Valley. Sebab tak nak lari perut kosong. A night before makan tosai
sekeping sebab takut makanan tak hadam sepenuhnya masa nak berlari pg tu.
Alhamdulillah. Teknik ni menampakkan hasil.

We reached plaza tol depan UPM tu lebih kurang 6.30pg. Surprisingly, traffic jam yg
panjang giler. Ramai org dah park kereta kiri kanan traffic light lepas tol tu, and jalan masuk ke dalam.
Tapi we both sabar lagi. Sempat tukar kasut dlm kereta lagi. =p
Stucked dalam traffic tu sampai la pukul 6.50 pg. Then kena park jauh giler.
Aduhai. Masa kami sampai kat starting line, semua org utk kategori 7km boleh dikatakan dah berlari.
herm. frust ar masa tgk ade 2,3 kerat jer lagi. Masa kami sampai kat starting line, berpuluh-puluh lagi kereta tengah melilau cari parking. Too bad.

Host for the event; FBI and Azura from Hot fm.

Balik kepada kisah berlari tu, masa berlari tu mmg menyumpah2 dalam hati. Memang sepatutnya Ahad yg indah ni digunakan dengan selimut dan bantal; bukan dengan kasut sukan. Tapi gigih jugak berlari. Sambil dengar lagu2 best kat telinga, berlari juga cik puan ni. Fortunately, I have a very supportive partner; in run & in crime. Husband berlari dgn pace saya. Dalam larian ni, ada 2 water station.
the first water station, dia supply air sejuk. Alhamdulillah. lega sangat dpt air. Saya minum sikit and selebihnya basahkan muka dan tapak tangan.
Husband siap cakap, 'ingatkan air milo'.. hehehe punya la berharap kat air Milo sejuk. nyummsss.

The next and last water station, masa km 4.5 rasanya. Masa ni I nampak ada pakcik tu cheating. Dia tak lari pon sampai water station, dia terus ikut lane yg sebelah as if mcm dia dah sampai ke water station.
Water station yg kedua ni, ada 2 jenis air. yang pertama, air sejuk mcm the previous one; and kemudian dapat air dari PowerBar. Sedapnya. Air tu masam2 sket. Maklumlah first time minum air PowerBar ni. heheh. penat dan dahaga punya pasal, semua jadi sedap. Then sambung lagi lebih kurang 3 km sampai ke garisan penamat. 1km sebelum reach Finishing Line, I suruh husband lari dulu. Sebab takut kitorang behind time. Takut dedua tak dapat Finisher medal.

Alhamdulillah. Lebih kurang 1jam kitorang sampai ke Finishing Line. Masa yg ditetapkan 1jam 30min. Sampai jer kat khemah yg pertama, ada petugas serahkan Finisher Medal, banana and mineral water. Masa dh dapat 3 benda ni, dan dan tu lutut rasa nak tercabut. hahaha. & I rasa tu lah banana paling lazat dalam dunia. Punya lah penat sampai goodie bag pon I tak nak collect. Husband jer collect dia punya.
Kitorang sempat beratur utk dptkan the best air Milo. Dapat sorang 2 gelas. Nikmatnya, Allah jer tahu.

Banyak aktiviti yang disediaka oleh organizer. Banyak game utk kanak-kanak dan org dewasa.
But we both tak tunggu pun sampai habis event, lepas dpt milo terus balik. heheh.
Hopefully, tahun depan akan ada lagi event macam ni. Seronok, and mencabar diri kita sendiri.
My next run? May 26th.
See ya!

the running kit

the venue 

the finisher medal

inside the goodie bag


till we meet again. love life!


No comments: