Thursday, May 23, 2013

Resipi Masak Lemak Cili Padi Sedap

Assalamualaikum

heheh. tajuk taknak kalah ok.
resipi masak lemak cili padi/cili api sedap.
ni menu kegemaran sy. mungkin sebab dibesarkan (penjaga) oleh orang nogori, maka
kalau nampak lauk kuning ade cili api ni, mmg drooling dibuatnya.
so, hari ni saya nak share resipi sedap ni.



Resipi Masak Lemak Cili Padi/Cili Api Sedap:

1 keping ikan jenahak
6 biji cili padi (tapi saya guna lebih. pedas giler)
2 batang serai
1 keping asam gelugur (asam keping)
1 tangkai daun kunyit
sedikit serbuk kunyit (kalau rajin boleh subs dengan kunyit hidup)
santan (sy pakai santan kotak je)
garam secukup rasa
air

Cara-cara memasak:

Mula-mula saya jerang cili padi yg ditumbuk tu dengan air. air jangan banyak sgt semangkuk sederhana dah cukup. sebab masak lemak cili padi kalau cair tak 'kick'. masuk kan serai yg dah dititik ke dalam periuk tadi, biar mesra dengan cili padi kite.

Kemudian, masukkan ikan. Saya guna sekeping jer sebab mister tak makan ikan, daun kunyit yg dah di racik, dan asam keping. biler dah nampak ikan dah nak masak, boleh kecilkan api dan masukkan santan & serbuk kunyit. santan saya guna 1/2 kotak kecil santan. lagi pekat lagi sedap..
kacau perlahan & api jgn kuat yer sebab kita tak nak pecah minyak.
last sekali boleh masukkan garam secukup rasa.

senang kan?

selamat mencuba~


No comments: